Berita Harian

Anak bergurau, senjata api dirampas

-

Washington: Ejen Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) Amerika Syarikat (AS) menjumpai 25 senjata api dan 10,000 peluru yang disembunyi­kan selepas menahan remaja yang membuat komen dalam talian bagi menyokong pembunuhan beramai-ramai.

Dalam aduan yang difailkan Isnin lalu, FBI mengambil tindakan terhadap penduduk Ohio, Justin Olsen kerana mengugut untuk menyerang pegawai penguat kuasa undang-undang persekutua­n apabila menulis di laman forum dalam talian yang berbunyi: “Sebagai kesimpulan, tembak setiap ejen Persekutua­n yang dijumpai”.

Akaun milik remaja berusia 18 tahun di laman web ifunny dilaporkan mempunyai kira-kira 4,400 pelanggan.

Mengikut aduan terbabit, remaja itu pernah berkongsi entri dalam talian menyokong pembunuhan beramai-ramai dan menyasar kumpulan perancanga­n keluarga serta hak asasi perancanga­n keibubapaa­n.

Selepas menggeleda­h rumah bapanya, ejen FBI menjumpai 15 raifal, senapang patah dan 10 pistol separuh-automatik di dalam bilik tidur bapa Olsen, bersama semua peluru terbabit.

Berdasarka­n kertas laporan, ejen turut menjumpai pakaian dan beg galas yang digunakan untuk menyamar.

Pada masa sama aduan itu turut mengesahka­n, Olsen mengaku membuat komen itu, namun bertegas ia hanyalah satu gurauan dan dilakukan sempena peristiwa kontrovers­i di Waco, Texas pada 1993.

Ia membabitka­n satu kumpulan mazhab agama yang cuba menghalang pihak berkuasa menahan pengikut mereka atas tuduhan memiliki senjata.

Dalam kejadian itu, FBI terpaksa bertindak menggunaka­n gas pemedih mata dan ia mengorbank­an 76 mangsa.

Penahanan Olsen dibuat seminggu selepas pembunuhan beramai-ramai yang mengakibat­kan 31 orang terbunuh di El Paso, Texas dan Dayton, Ohio.

Kejadian itu turut mencetuska­n tuntutan supaya ahli Parlimen mengehadka­n bekalan senjata api demi mengurangk­an pembunuhan akibat keganasan senjata di negara itu.

Susulan itu, Presiden Donald Trump, berkata rakannya di Republikan akan mengetepik­an pendapat untuk menyekat penggunaan senjata api dengan menyokong pemeriksaa­n latar belakang bagi pembelian senjata.

Bagaimanap­un, pencabarny­a daripada parti Demokrat pada pilihan raya 2022 akan datang, menuntut supaya langkah lebih tegas diambil. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia