Berita Harian

Surat tulisan suspek disiar di laman sosial

Jabatan Penjara perketat prosedur keluar, masuk

-

Melbourne: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengkritik tindakan beberapa pihak yang menyiarkan surat tulisan lelaki bersenjata yang dituduh membunuh 51 mangsa di New Zealand dan menganggap ia sebagai satu perbuatan yang tidak wajar.

Surat berkenaan dipercayai digunakan oleh tertuduh untuk menyatakan pandangan politik dan sosialnya, serta dimuat naik di laman 4chan.

“Saya fikir semua rakyat New Zealand menjangkak­an bahawa individu ini tidak boleh berkongsi pesanan kebenciann­ya dari dalam penjara.

“Amat jelas sekali, bahawa pesalah ini mempunyai matlamat yang khusus, untuk berkongsi propaganda­nya, jadi kita perlu bersedia untuk perkara itu,” kata Ardern.

Akhbar New Zealand Herald juga dilaporkan turut menerbitka­n imej surat setebal enam muka berserta sampul surat, dipercayai dari suspek terbabit, Brenton Tarrant yang dihantar dari Penjara Auckland.

Surat itu dikatakan sebagai maklum balas terhadap sepucuk surat yang dihantar kepadanya oleh seorang lelaki dikenali sebagai Alan, yang dilaporkan tinggal di Russia.

Banduan dibenarkan menghantar serta menerima surat dan pengarah penjara hanya boleh menghalang­nya dalam keadaan tertentu.

“Kami surat membuat perubahan terhadap urusan surat dari banduan bagi memastikan prosesnya lebih ketat seperti yang kita mahukan,” lapor New Zealand Herald yang memetik kenyataan Jabatan Penjara New Zealand

Menurut laporan media, surat itu merujuk kepada lawatan Tarrant ke Russia empat tahun lalu.

Tarrant, warga Australia mengaku tidak bersalah terhadap 92 pertuduhan ke atasnya dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di Christchur­ch pada 15 Mac lalu.

Perbicaraa­n kes berkenaan ditetapkan pada Mei 2020.

REUTERS

 ?? (Foto Agensi) ?? Surat tulisan Brenton Tarrant.
(Foto Agensi) Surat tulisan Brenton Tarrant.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia