Berita Harian

Fosil penguin gergasi ditemui

-

Wellington: Fosil penguin gergasi berukuran hampir sebesar manusia dewasa berjaya dijumpai di Pulau Selatan New Zealand.

Kumpulan saintis itu mengesahka­n burung gergasi laut itu memiliki ketinggian sehingga 1.6 meter dan seberat 80 kilogram, iaitu kira-kira empat kali ganda lebih berat serta 40 sentimeter lebih tinggi berbanding penguin Maharaja moden.

Mereka menamakann­ya ‘corssvalli­a waiparensi­s’ dan spesies burung itu kerap diburu di pantai New Zealand ketika era Paleosen, kira-kira 56 juta hingga 66 juta tahun lalu.

Pemburu fosil amatur menjumpai tulang kaki milik mamalia itu tahun lalu dan ia disahkan sebagai spesis baharu dalam penyelidik­an yang diterbitka­n minggu ini di dalam ‘Alcheringa: An Australasi­an Journal of Palaeontol­ogy’.

Penyelidik Muzium Canterbury, Vanesa De Pietri, berkata ia adalah kali kedua penguin gergasi dari era Paleosen dijumpai di kawasan terbabit.

“Penemuan ini memperkuku­hkan lagi teori kami, bahawa penguin mampu mencapai saiz yang lebih besar dalam evolusi mereka,” katanya.

Sebelum ini, terdapat dalam kalangan kumpulan saintis membuat spekulasi, mengenai penguin berukuran gergasi yang sudah pupus kerana kemunculan pemangsa besar lain seperti anjing laut dan ikan paus bergigi.

New Zealand sangat terkenal dengan burung gergasi yang pupus, termasuk burung moa yang tidak mampu terbang, dengan ketinggian mencapai 3.6 meter dan helang Haast yang memiliki sayap lebar sehingga tiga meter.

Pada minggu lalu, Muzium Canterbury mengumumka­n penemuan seekor burung tiung setinggi satu meter dan hidup kira-kira 19 juta tahun lalu. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Penyelidik (dari kiri) Vanesa De Pietri, Paul Scofield dan Gerald Mayr bersama fosil penguin yang ditemui di New Zealand.
(Foto AFP) Penyelidik (dari kiri) Vanesa De Pietri, Paul Scofield dan Gerald Mayr bersama fosil penguin yang ditemui di New Zealand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia