Berita Harian

Nasib berbeza bekas juara Eropah

-

Belgrade: Bekas juara Eropah mengalami nasib berbeza dalam kelayakan Liga Juara-juara yang menyaksika­n Ajax Amsterdam dan Red Star Belgrade mara ke playoff manakala Celtic dan Porto tersingkir dalam saingan penuh dramatik, semalam.

Ajax, bangkit menewaskan PAOK 3-2 untuk mara menerusi agregat 5-4 manakala Red Star menyingkir­kan FC Copenhagen menerusi penentuan penalti berjumlah 22 sepakan.

Krasnodar pula mencipta kejutan apabila menewaskan Porto 3-2 menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas kalah 0-1 dalam perlawanan pertama, manakala kelab Romania, Cluj menewaskan Celtic 4-3 sekali gus mara dengan agregat 5-4.

Jaringan bekas pemain akademi Ajax, Diego Biseswar meletakkan PAOK di depan sebelum Dusan Tadic, menyamakan kedudukan sebelum rehat.

Penjaga gol PAOK, Alexandros Paschalaki­s menyelamat­kan percubaan bahaya lawan namun gagal menangkis tandukan Nicolas Tagliafico dan penalti Tadic sebelum Biseswar menyumbat gol terakhir di hujung permainan.

Dalam satu lagi perlawanan di Copenhagen, penyerang Ghana, Richmond Boakye meletakkan Red Star di depan tetapi Dame N‘doye menyamakan kedudukan untuk memaksa penentuan penalti yang menyaksika­n kelab Denmark itu terlepas dua sepakan sebelum tersingkir di tangan penjaga gol pelawat, Milan Borjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia