Berita Harian

Sanchez sudah raih RM206J daripada MU

Prestasi hambar, gagal beri impak positif

-

Manchester: Setakat minggu ini, Alexis Sanchez sudah menerima £41 juta (RM206 juta) daripada gajinya bersama Manchester United.

Ini bermakna lima gol yang dijaringka­n Sanchez adalah bernilai £8.2 juta (RM41 juta) setiap satu sejak mula menyertai pasukan itu daripada Arsenal, Januari tahun lalu.

Situasi ini menyaksika­n Manchester City berjaya mengelak daripada masalah apabila mengambil keputusan untuk tidak menandatan­gani khidmat Sanchez yang jelas hanya mahu menyertai United kerana wang.

Bagaimanap­un, kegagalan Sanchez bersama The Red Devils tampak menyebabka­n pengurusny­a, Ole Gunnar Solskjaer tidak lagi mahu bergantung harapan kepada pemain Chile itu.

Malah, Sanchez berdepan tindakan diletakkan di bangku simpanan melainkan pemain itu bersetuju berpindah keluar.

Solskjaer terdesak untuk membuang pemain itu sebelum jendela perpindaha­n Eropah ditutup pada 2 September ini.

AS Roma mahu meminjam pemain itu, tetapi enggan membayar gaji besar pemain itu dan Old Trafford berkemungk­inan perlu membantu membayar gaji pemain itu bagi membolehka­nnya keluar.

Jika tidak, United perlu mengeluark­an £8.6 juta (RM43.36 juta) lagi bagi pembayaran gaji sehingga jendela perpindaha­n Januari, tatkala Solskjaer tidak mahu pemain Chile itu membarisi kesebelasa­n utama.

Solskjaer tidak berminat dengan penyerang Chile itu sejak hari pertama lagi, dengan pemain itu gagal menyerlah di United.

Sanchez juga dikatakan membawa impak negatif di bilik persalinan ketika bersama Jose Mourinho. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia