Berita Harian

Vertonghen bengang kena sisih

-

London: Jan Vertonghen berang apabila tidak disenaraik­an dalam aksi pembukaan musim Tottenham, manakala rakan sepasukann­ya turut terkejut melihatnya hanya menyaksika­n perlawanan itu.

Bagaimanap­un, pengurus pasukan, Mauricio Pochettino mempunyai sebab tertentu tidak menyenarai­kan Vertonghen dalam perlawanan yang menyaksika­n Spurs bangkit meraih kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa, Sabtu lalu.

Pengurus itu menegaskan keputusan berkenaan dilakukan selepas kurang berpuashat­i dengan tahap kecergasan pemain bek tengah itu pada pramusim lalu selain menyatakan ia percaturan taktikal.

Toby Alderweire­ld dan Davinson Sanchez disenaraik­an untuk memulakan perlawanan, manakala pemain serba boleh, Eric Dier diletakkan di bangku simpanan.

Vertonghen yang menegaskan dirinya cergas dan tidak cedera dikatakan berang dengan keputusan Pochettino itu.

Pochettino mengumumka­n pemain dalam skuadnya pada Jumaat dan Vertonghen turut menghadiri perlawanan selepas SABTU AHAD SELASA latihan di sebelah pagi.

Sementara itu, pemain yang ditandatan­gani pada saat akhir, Ryan Sessegnon berharap dapat kembali memulakan latihan pada minggu depan.

Pemain bernilai £25 juta (RM126 juta) dibeli dari Fulham itu cedera hamstring ketika membantu kempen bawah 21 tahun England pada musim panas lalu. Agensi

 ??  ??
 ??  ?? Jan Vertonghen
Jan Vertonghen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia