Berita Harian

MSN sedia latihan alternatif jika jerebu

-

Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara (MSN) sudah bersiap dengan alternatif lain buat atlet sekiranya masalah jerebu yang melanda negara ketika ini makin meruncing.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub, berkata langkah itu perlu bagi membolehka­n atlet meneruskan latihan untuk menghadapi Sukan SEA Filipina 2019, hujung tahun ini.

“Kita sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi mengenalpa­sti sama ada latihan boleh diteruskan atau tidak, namun setakat ini program latihan berjalan seperti biasa kerana tahap jerebu masih belum melepasi tahap bahaya.

“Sekiranya bacaan itu melepasi tahap bahaya kita akan cari alternatif lain untuk atlet melakukan latihan termasuk menggunaka­n gelanggang tertutup atau memindahka­n lokasi latihan ke tempat yang kurang jerebunya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Ibadah Korban MSN 2019 di Vista MSN di sini, semalam.

Katanya, pihak MSN juga sering berhubung dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengetahui status sebenar udara.

Selain itu, Abdul Rashid mengakui pihaknya tidak begitu bimbang kerana memiliki sendiri alat bacaan IPU yang dipasang pada bangunan MSN.

Sementara itu, bersempena hari terakhir tasyrik semalam, MSN melaksanak­an ibadah korban yang turut dilakukan setiap tahun bersama warga MSN, jurulatih, atlet dan penduduk setempat.

Antara atlet dan jurulatih yang hadir memeriahka­n majlis itu ialah atlet para olahraga, Abdul Latif Romly dan Mohd Saifuddin Ishak serta penolong jurulatih skuad hoki wanita, Lailin Abu Hassan.

Sekiranya bacaan itu tahap bahaya mungkin kita akan cari alternatif lain untuk atlet melakukan latihan termasuk menggunaka­n gelanggang tertutup

Abdul Rashid Yaakub, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan MSN

 ??  ?? Rohani (kiri) bersama anaknya Jake Sherren (tengah) berbual bersama Megat D Shahriman.
Rohani (kiri) bersama anaknya Jake Sherren (tengah) berbual bersama Megat D Shahriman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia