Berita Harian

Superkip dibedah kali kedua

Khairul Idham tak sabar kembali berlatih hadapi saingan Moto2

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Khairul Idham Pawi selamat menjalani pembedahan kedua di bahagian jari kelengkeng kanannya di Institut Traumatolo­gi dan Perubatan Sukan Catalan (ICATME), Barcelona, kelmarin.

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing dalam kelas Moto2 yang lebih dikenali Superkip itu berkata, dalam pembedahan yang berlangsun­g dua jam itu, jari kelingking­nya dimasukkan sebatang skru.

“Saya sekali lagi berterima kasih kepada pakar bedah, Dr Mir (Dr Xavier Mir) dan pasukannya kerana pembedahan kedua ini. Saya bersyukur atas segala usaha dilakukan mereka untuk membolehka­n saya kembali cergas.

“Sekarang masanya untuk saya kembali ke Malaysia, meluangkan sedikit masa bersama keluarga sebelum kembali berlatih dengan gigih bagi menghadapi saingan Moto2 secepat mungkin.

“Saya juga berterima kasih kepada semua sokongan yang diberikan pasukan, rakan dan peminat. Saya tidak sabar kembali beraksi bersama motosikal PETRONAS Sprinta Racing semula!,” katanya.

Khairul Idham kembali beraksi di Grand Prix (GP) Republik Czech dua minggu lalu namun terpaksa menarik diri daripada perlumbaan selepas kecederaan­nya masih belum pulih 100 peratus.

Sebelum ini, pasukan menjangkak­an Superkip - yang sudah tercicir lapan pusingan - dapat kembali beraksi di saingan dunia dalam tempoh dua bulan lagi di GP Thailand.

Sementara itu, Dr Mir berkata proses pemulihan Khairul Idham yang melakukan pembedahan di bahagian jarinya tiga bulan lalu berlangsun­g dengan baik.

“Untuk kali ini, pembedahan kali kedua ini dilakukan bagi membantu pembinaan semula tulangnya,” katanya.

 ??  ?? Khairul Idham selepas menjalani pembedahan kali kedua di ICATME, Barcelona, kelmarin.
Khairul Idham selepas menjalani pembedahan kali kedua di ICATME, Barcelona, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia