Berita Harian

‘Abang Sado’ Terengganu tekad ukir sejarah

-

Kuala Terengganu: Dua atlet Terengganu, Muhammad Arif Sanadi dan Harizan Khairul Alwi tekad mengukir sejarah mengunggul­i kategori masingmasi­ng pada Kejohanan Bina Badan Malaysia 2019 (Mr Malaysia) di Kota Kinabalu, Sabah bermula hari ini hingga Ahad ini.

Muhammad Arif Sanadi, 26, akan bertanding dalam kategori badan cantik lelaki 170 sentimeter (cm) ke bawah manakala Harizan Khairul Alwi, 21, pula bertanding untuk kategori bina badan 70 kilogram ke atas.

Pengurus pasukan, Muhamad Farzeli Mustafa berkata, dia berpuas hati dengan persediaan dilakukan dua atlet terbabit dan berharap mampu memberi saingan sengit dalam kejohanan itu.

“Dalam tempoh 10 tahun kebelakang­an ini, atlet Terengganu tidak pernah berjaya menduduki tempat pertama.

“Justeru, kami berharap penyertaan kali ini dapat memberikan keputusan yang memberangs­angkan sekali gus menaikkan sukan bina badan di Terengganu.

“Kita mempunyai ramai bakat baru yang berpotensi namun kurangnya sokongan menyebabka­n ramai atlet memilih untuk mewakili negeri lain dan tidak bertanding,” katanya.

Sementara itu, Arif berkata, penyertaan kali ini adalah penyertaan kedua buatnya selepas sekadar menduduki tempat keenam dalam kategori sama pada 2017.

“Tahun lalu, saya tidak dihantar untuk mewakili negeri ke Mr Malaysia, jadi tahun ini saya ingin membuktika­n kemampuan sebenar dengan matlamat mahu menjadi juara kerana Terengganu tidak pernah mengunggul­i sukan ini.

“Saya mula membuat persiapan ke Mr Malaysia sejak Disember 2018 dan berharap pengorbana­n ini berbaloi,” katanya yang pernah menjadi juara bagi ketegori bakat baru Mr Gym Rakyat Terengganu 2014.

 ??  ?? Muhammad Arif Sanadi
Muhammad Arif Sanadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia