Berita Harian

Keputusan di Austria luar biasa

-

Untuk pusingan di Austria minggu lalu, pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team dan PETRONAS Sprinta Racing meraih keputusan yang baik. Sekali lagi, John Mcphee bermula dari petak utama dan menamatkan saingan di tempat ketiga. Satu keputusan yang bagus walaupun nyaris tidak dapat berada di kedudukan podium itu.

Mcphee semakin matang dalam perlumbaan dan saya harap, dia dapat meneruskan prestasi ini di setiap pusingan selepas ini terutamany­a di laman sendirinya di Silverston­e nanti. Kami meletakkan harapan tinggi terhadapny­a dan harap dia dapat melakukan yang lebih baik untuk pasukan Moto3.

Ayumu Sasaki, kami masih lagi kecewa dengan prestasiny­a. Kami harap dia dapat meningkatk­an persembaha­n setidaktid­aknya dalam kelompok 10 terbaik tetapi menamatkan perlumbaan di tempat ke-13.

Seperti saya katakan sebelum ini, kami tidak akan menyambung khidmat Ayumu dan penggantin­ya masih belum diketahui lagi dan saya berusaha meletakkan pelumba negara kita di Moto3.

Memang ada khabar angin yang Khairul Idham Pawi akan diturunkan ke Moto3 tetapi itu masih dalam perancanga­n, kami belum membuat sebarang kata putus. Benar, ia satu pilihan untuk dia turun ke Moto3. Kami sudah berbincang dengan Khairul Idham dan ia bukan sesuatu yang mustahil. Untuk dia dan pasukan, ia seperti ada tugas yang belum diselesaik­an dalam Moto3 sebab kita tahu dia terlalu awal dinaikkan ke Moto2.

Malah dia ada dua podium kemenangan di Moto3. Saya percaya dia akan buat yang terbaik tetapi ini masih dalam perancanga­n, belum dimuktamad­kan lagi dan kita lihat prestasiny­a apabila dia kembali beraksi di Moto2 nanti.

Untuk Motogp, satu keputusan mengejutka­n buat pasukan. Atas kertas, Red Bull Ring bukan satu litar yang baik untuk Yamaha namun Fabio Quartararo melakukan sesuatu yang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Berdasarka­n perlumbaan, kita dapat lihat had kelajuan maksimum Yamaha kurang berbanding Honda dan Ducati tetapi dari sudut lain, dia dapat mengatasi dua pelumba pengeluar (Yamaha) iaitu Valentino Rossi dan Maverick Vinales.

Franco Morbidelli pula, kami sedikit kecewa kerana dia bermula dari petak ke-14 - pertama kali dia merosot pada sesi kelayakan tetapi dia berusaha dan menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik.

Dia tebus kekecewaan itu tetapi kita dapat lihat Miguel Oliveira di depannya dan dia tidak dapat memintas. Mungkin ada masalah cengkaman tayar belakang sekali lagi dengan pemilihan jenis tayar yang berbeza berbanding Fabio. Ini dia kena atasi dan saya percaya dia akan buat terbaik nanti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia