Berita Harian

Tok Gajah mahu lanyak Skuad Badak

-

Kuantan: Selepas menjadikan Pulau Pinang dan Perak sebagai mangsa, kini Pahang berhajat menjadikan juara Liga Perdana, Sabah sebagai mangsa ketiga Sabtu ini, sekali gus meneruskan momentum dua kemenangan diraih sebelum ini.

Meskipun selesa mengutip enam mata maksimum namun pertahanan skuad Tok Gajah, Zubir Azmi menegaskan pungutan mata setakat ini belum cukup menjamin tempat ke suku akhir Piala Malaysia.

“Justeru, kami perlu mengekalka­n prestasi melakar kemenangan ke atas Sabah biarpun tahu bakal berdepan saingan sengit. Apatah lagi Sabah gagal mengutip sebarang mata selepas dua perlawanan dan mereka sudah pasti mahukan kemenangan.

“Bagi saya, peluang keduadua pasukan adalah 50-50 tetapi dengan komitmen dan pencapaian semasa, kami akan pastikan kemenangan berpihak kepada kami,” katanya.

Ditanya prestasi semasa selepas beraksi dalam tujuh perlawanan berturut-turut termasuk dua perlawanan Piala Malaysia, Zubir berterima kasih di atas kepercayaa­n yang diberikan jurulatih, Dollah Salleh.

Katanya, keyakinann­ya semakin bertambah selepas lama tidak beraksi terutama berada dalam senarai kesebelasa­n utama apabila tempatnya sebelum ini dibayangi Mohd Faisal Rosli.

“Saya harap dapat bantu skuad Tok Gajah meraih kejuaraan Piala Malaysia selepas misi mengucup Piala Liga Super dan Piala FA musim ini, gagal,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia