Berita Harian

Hasil usaha semua pihak: Sathianath­an

-

Kuala Lumpur: Perkembang­an positif ditunjukka­n skuad remaja negara pada kempen Persekutua­n Bolasepak ASEAN (AFF) ketika ini bukan berpunca daripada ‘magis’ seseorang individu semata-mata.

Sebaliknya, Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianath­an menegaskan pencapaian memberangs­angkan itu adalah hasil usaha keras Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama erat yang dicetuskan bersama kerajaan.

Justeru, bekas pengendali skuad kebangsaan itu menyifatka­n tidak wajar sekiranya ada dakwaan menyatakan kejayaan ketika ini adalah usaha seorang individu memandangk­an apa yang dinikmati ketika ini adalah hasil daripada pembabitan semua pihak.

Malah, Sathianath­an mengakui bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin adalah antara individu yang menjadi tulang belakang selepas menyaksika­n kebangkita­n prestasi pasukan muda negara pada pentas antarabang­sa.

“Tiada siapa boleh mendakwa kejayaan hari ini adalah inspirasi atau ilham daripada satu individu tetapi ini adalah hasil daripada kerja berpasukan di antara FAM dan kerajaan.

“Jika anda masih bertanyaka­n kepada saya siapakah individu bertanggun­gjawab dalam kebangkita­n prestasi ini, secara peribadi saya boleh sebutkan dua nama iaitu Khairy dan Hamidin, bukannya orang lain.

“Ini kerana kita harus ingat Khairy yang membentang­kan Program Pembanguna­n Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) kepada Parlimen di mana ini adalah kali pertama bola sepak berada dalam agenda negara.

“Jadi, idea Khairy ini membuktika­n pemain muda kita memiliki potensi besar. Peranan Hamidin pula mengembang­kan idea Khairy menjadi lebih baik mengikut kesesuaian bola sepak tempatan.

“Jika betul ada orang yang mahu ‘tuntut’, sepatutnya datang daripada dua individu ini bukannya orang lain. Kalau setakat datang untuk menguruska­n projek yang sudah ada atau sudah dirancang, semua orang boleh lakukan,” katanya.

Berdasarka­n rekod, skuad bawah 15 tahun negara (B-15) menjuarai Kejuaraan AFF di Thailand minggu lalu, manakala skuad B-18 menunjukka­n prestasi luar biasa apabila membelasah Australia 3-0, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia