Berita Harian

Skuad B-18 elak putih mata

Tekad belasah Gajah Perang pada aksi terakhir kumpulan

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kemenangan ke atas Thailand pada aksi terakhir peringkat kumpulan, petang ini bakal menjadi penutup sempurna buat skuad bawah 18 tahun negara (B-18) dalam misi mereka mempertaha­nkan Kejuaraan Persekutua­n Bolasepak ASEAN (AFF) 2019 di Vietnam.

Berdasarka­n status selaku pendahulu Kumpulan B selepas menghimpun sembilan mata, anak buah Brad Maloney itu kini hanya memerlukan sekurang-kurangnya seri ke atas skuad ‘Gajah Perang’ itu untuk mara ke separuh akhir namun dengan syarat, Vietnam tidak menewaskan Kemboja melebihi enam gol.

Bagaimanap­un, menyedari hakikat tiket ke separuh akhir belum selamat, Maloney menegaskan tiga mata tetap menjadi buruan mereka dengan dia menjangkak­an Thailand pasti tidak memberi laluan mudah kepada Malaysia apatah lagi mereka ‘terluka’ selepas menghuni tangga tercorot ketika ini.

“Kita akan beraksi seperti biasa dan kita tetap menyasarka­n kemenangan pada perlawanan esok (hari ini). Kita fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Bagi saya, yang mudah pada kejohanan seperti ini. Thailand pasukan yang baik, jadi kita tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka yang pasti memberi saingan yang sengit nanti,” katanya.

Dalam masa sama, kejayaan skuad B-15 merangkul gelaran Kejuaraan AFF 2019 dengan menundukka­n Thailand minggu lalu menjadi tonik buat anak buahnya berdepan lawan dari negara sama.

“Kemenangan skuad B-15 ke atas Thailand sebelum ini sudah tentu menjadi motivasi pemain saya untuk berhadapan satu lagi skuad Thailand esok (hari ini).

“Saya harapkan pemain dapat mengikuti segala apa yang dirancang sama seperti dalam perlawanan terdahulu dan menterjema­hkan apa yang dilakukan pada sesi latihan ke perlawanan sebenar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia