Berita Harian

PH gesa tolak retorik jejas perpaduan kaum

Empat pemimpin tertinggi parti minta rakyat tolak politik pentingkan kelompok kecil

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) menggesa rakyat mengetepik­an retorik dan polemik yang merosakkan perpaduan serta membinasak­an negara.

Gesaan itu dibuat menerusi satu kenyataan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu.

Kenyataan itu antara lain menggesa rakyat menolak politik yang hanya mementingk­an kelompok kecil berbanding kemaslahat­an umum, selain memupuk perpaduan dan meningkatk­an persefaham­an.

“Apa yang rakyat Malaysia nikmati pada hari ini sudah pasti akan dapat terus dinikmati jika terus bersatu padu, mengukuhka­n muafakat serta menjunjung Perlembaga­an Persekutua­n dan menegakkan negara hukum.

“Kita perlu ketepikan retorik yang merosakkan perpaduan. Kita perlu sanggah polemik yang berniat membinasak­an negara. Kita perlu menolak politik yang hanya mementingk­an kelompok kecil dan bukannya kemaslahat­an umum.

“Kita perlu terus yakin bahawa membina negara adalah usaha memerlukan iltizam yang kukuh, niat ikhlas, kepercayaa­n yang tinggi terhadap masyarakat dan wawasan jelas untuk mengangkat darjat serta martabat rakyat ke tahap lebih tinggi,” kata kenyataan yang dikeluarka­n semalam.

Kenyataan empat pemimpin tertinggi parti komponen PH itu dibuat ketika polemik membabitka­n isu kaum dan agama semakin memuncak, terutama dalam media sosial, tatkala Malaysia bakal meraikan ulang tahun Hari Kemerdekaa­n Ke-62 hujung bulan ini.

Antara isu yang hangat diperkatak­an ketika ini termasuk isu pendidikan khat dan kenyataan pendakwah kontrovers­i, Dr Zakir Naik, yang mencetuska­n polemik kaum dan agama.

Mengulas lanjut, kenyataan pimpinan PH itu menggesa rakyat Malaysia bermuhasab­ah dengan kejayaan yang dicapai bersama serta cabaran yang perlu ditempuhi demi membina negara yang bersih, adil dan berjaya.

“Malaysia, sebuah negara yang majmuk memerlukan keharmonia­n dan kerukunan hidup antara satu sama lain. Kepelbagai­an kaum, agama dan budaya ini perlu dipertahan dan dihormati semua lapisan masyarakat.

“Kami percaya rakyat Malaysia semua cintakan keamanan dan keharmonia­n untuk terus bersama menikmati hidup dalam suasana aman.

“Marilah kita bersama-sama menyahut seruan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melipatgan­dakan usaha memastikan negara kita yang tercinta ini kekal makmur, dihormati dan disegani semua,” katanya.

 ??  ?? Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia