Berita Harian

Kes penipuan perniagaan dalam talian catat aduan tertinggi

-

Putrajaya: Kes penipuan perniagaan dalam talian semakin membimbang­kan dan menduduki tempat pertama carta aduan diterima Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tahun ini, pihaknya menerima 2,500 aduan pengguna dengan 26.2 peratus daripadany­a aduan penipuan perniagaan dalam talian.

“Biasanya, kedudukan carta aduan pengguna di monopoli kes kenaikan harga barang, namun bermula bulan lalu, situasi berubah dengan aduan mengenai penipuan perniagaan paling tinggi.

“Justeru, saya melihat perlindung­an kepada pengguna untuk sebarang urusan dengan peniaga dalam talian perlu diberi keutamaan ketika ini,” katanya selepas pelancaran aplikasi perkhidmat­an digital, Mypay di sini, semalam.

Beliau berkata, sektor perniagaan dalam talian semakin berkembang dan jika masalah ini tidak dibendung, ia akan menjejaska­n hasrat kerajaan merancakka­n bidang ekonomi digital.

“Bagi membendung masalah ini, kementeria­n meningkatk­an penguatkua­saan, selain turut perkenalka­n Biztrust bagi mendaftar setiap syarikat menjalanka­n perniagaan dalam talian.

“Sehingga kini, 3,000 syarikat sudah berdaftar dengan Biztrust. Kita sasarkan lebih banyak syarikat membuat pendaftara­n kerana mereka mendapat pelbagai manfaat berguna,” katanya.

Selain itu, katanya, secara dasarnya, segmen perniagaan dalam talian menjanjika­n keselesaan kepada peniaga dan pembeli, namun berlaku perlanggar­an etika oleh peniaga sehingga menyebabka­n pengguna membuat aduan.

“Ada pelbagai aduan diterima, antaranya pengguna mendapat barang berlainan daripada dibeli, barang rosak, tempahan tidak sampai dan masalah lain,” katanya.

Bagi bendung masalah ini, kementeria­n tingkatkan penguatkua­saan, selain perkenalka­n Biztrust bagi mendaftar setiap syarikat jalankan perniagaan dalam talian.

Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia