Berita Harian

MUN 2019 kumpul lebih 3,000 usahawan

-

Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 bakal menghimpun­kan lebih 3,000 usahawan tempatan bagi menjayakan pelbagai program dan aktiviti berteraska­n keusahawan­an.

Tumpuan utama penganjura­n MUN 2019 adalah program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Nasional yang memberi fokus kepada usahawan SDSI dari seluruh negara merangkumi lima kluster utama iaitu makanan dan minuman, inovasi, inap desa, kraftangan serta kesihatan dan penjagaan diri.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED), Sharifah Nazira Syed Basir Ahmad, berkata MUN 2019 adalah program susulan daripada pelancaran Dasar Keusahawan­an Nasional 2030 bulan lalu.

Katanya, program itu pertama kali diadakan dan dijangka menjadi acara tahunan MED.

“Kami sasar lebih 50,000 pengunjung akan hadir ke MUN 2019 yang diadakan pada 29 Ogos hingga 1 September depan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

“Banyak aktiviti dan program bersesuaia­n diadakan terutama untuk pembanguna­n keusahawan­an,” katanya pada taklimat media sempena Nuri Teenpreneu­rship dan Rakyat Run 2.0 Bank Rakyat bersempena MUN 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

MUN 2019 memberi fokus kepada beberapa kumpulan khusus seperti penyertaan usahawan dan vendor tempatan, syarikat milik kerajaan (GLC), kementeria­n, jabatan dan agensi kerajaan, kerajaan negeri, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), institusi kewangan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, golongan belia dan B40.

Sementara itu, Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, berkata melalui program itu, ia berhasrat tersenarai di dalam Malaysia Book of Records untuk penyertaan sekolah menengah terbesar di Malaysia dalam inisiatif keusahawan­an.

Banyak aktiviti dan program bersesuaia­n diadakan terutama untuk pembanguna­n keusahawan­an.

Sharifah Nazira Syed Basir Ahmad, Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia