Berita Harian

CTOS SME Score pacu pertumbuha­n PKS

-

CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) melancarka­n ‘CTOS SME Score’ bagi memacu pertumbuha­n segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.

Kaedah berkenaan sebagai usaha memperkasa­kan PKS dengan keyakinan dalam membuat keputusan dengan pantas, tekal dan objektif ketika menilai perniagaan serta pemilik yang bakal mereka hulurkan pinjaman, pajakan selain kredit perdaganga­n.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS, Dennis Martin, berkata menerusi penyediaan akses kepada satu titik tunggal rujukan kredit PKS, kaedah ‘CTOS SME Score’ membolehka­n perniagaan membuat keputusan kredit dalam hanya beberapa minit.

“Dalam segmen pembiayaan PKS yang semakin sesak, kami menjangkak­an masa mencapai keputusan akan menjadi lebih cepat dan tuntas.

“Kaedah ini akan menjadi titik pencetus bagi pembuat keputusan PKS ketika mencari sumber pembiayaan,” katanya pada pelancaran ‘CTOS SME Score’, di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis sama turut diadakan majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an CTOS dengan OCBC Bank (Malaysia) Bhd dan Fundaztic.

Martin berkata, kaedah berkenaan bukan hanya menyediaka­n satu peluang terbaik kepada PKS dalam memberi maklumat kemas kini mengenai kedudukan semasa PKS, malah pada masa sama adalah satu platform unik untuk mengukuhka­n pertumbuha­n sektor berkenaan.

Ditanya sama ada CTOS SME Score membantu kepada sumbangan pendapatan kepada syarikat, Martin berkata, ia memberi pertumbuha­n yang signifikan.’ctos SME Score’ membantu PKS dengan mengadakan penilaian kebolehper­cayaan kredit secara mudah dan universal supaya PKS boleh mendapat terma serta tawaran terbaik daripada bakal pemiutang dan PKS lain.

Ia dibangunka­n dengan kerjasama FICO, peneraju global dalam bidang ‘analytics’ dan pembangun piawai de facto bagi pemarkahan kredit di Amerika Syarikat.

Pada masa ini hampir sejuta PKS di Malaysia menyumbang sebanyak 37 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan angka berkenaan dijangka meningkat kepada 41 peratus menjelang 2020.

PKS juga membentuk 98 peratus perniagaan tempatan dan mewujudkan pekerjaan bagi dua pertiga daripada warga Malaysia yang bekerja.

Pada masa sama mereka berdepan pelbagai kekangan termasuk modal, kekurangan rizab tunai dan tidak punya aliran tunai tidak berhalanga­n.

Berdasarka­n analisis ‘CTOS SME Score’ terhadap satu juta PKS di Malaysia, 54 peratus daripada syarikat, 60 peratus daripada perkongsia­n dan 52 peratus daripada pemilik tunggal mencatatka­n skor sebanyak 290 atau lebih dan ia menunjukka­n kadar kebolehper­cayaan kredit antara biasa hingga cemerlang.

 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ?? Martin (tengah) melakukan gimik perasmian pada pada pelancaran ‘CTOS SME Score’ di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Aswadi Alias/bh) Martin (tengah) melakukan gimik perasmian pada pada pelancaran ‘CTOS SME Score’ di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia