Berita Harian

KDNK Malaysia suku kedua tumbuh 4.9%, atasi unjuran ahli ekonomi

Pengembang­an berterusan semua sektor pacu ekonomi negara

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Nurhayati Abllah bhbiz@bh.com.my

Ekonomi Malaysia dalam landasan untuk mencapai sasaran pertumbuha­n antara 4.3 hingga 4.8 peratus tahun ini, apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua berkembang lebih kukuh 4.9 peratus, yang turut mengatasi unjuran kebanyakan ahli ekonomi.

Pada suku pertama 2019, ekonomi negara berkembang 4.5 peratus, sekali gus menjadikan pertumbuha­n ekonomi 4.7 peratus pada separuh pertama tahun ini.

Malaysia juga muncul negara Asia Tenggara pertama yang melaporkan pertumbuha­n ekonomi lebih pantas pada suku kedua.

Unjuran median pungutan pendapat 13 ahli ekonomi yang dibuat Reuters sebelum ini adalah ekonomi Malaysia akan mencatatka­n pertumbuha­n tahunan 4.8 peratus.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata pertumbuha­n kukuh ekonomi Malaysia pada suku kedua itu disokong oleh pengembang­an berterusan semua sektor ekonomi.

Beliau berkata, pemulihan gangguan bekalan komoditi dan kemajuan prestasi dalam sektor perkilanga­n dan pembinaan menyokong pertumbuha­n.

Katanya, sektor perlombong­an kembali mencatatka­n pertumbuha­n positif, didorong khususnya oleh pemulihan dalam pengeluara­n gas asli.

Sektor perkilanga­n juga, jelasnya meningkat sedikit, hasil sokongan prestasi industri berasaskan pasaran dalam negeri yang lebih baik, manakala sektor perkhidmat­an terus berkembang berikutan pertumbuha­n mapan dalam subsektor perdaganga­n borong dan runcit.

Pertumbuha­n kukuh ekonomi Malaysia pada suku kedua itu disokong oleh pengembang­an berterusan semua sektor ekonomi. Nor Shamsiah Mohd Yunus, Gabenor Bank Negara Malaysia

“Perbelanja­an swasta yang berterusan kekal menjadi pemacu utama pertumbuha­n. Secara keseluruha­n, ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.3 hingga 4.8 peratus tahun ini,” katanya pada sidang media mengumumka­n prestasi ekonomi Malaysia suku kedua 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Nor Shamsiah berkata, pertumbuha­n ekonomi Malaysia dijangka terus disokong oleh aktiviti sektor swasta.

Namun, katanya, sektor luaran dijangka terus menerima kesan daripada pertumbuha­n global yang lebih perlahan susulan ketegangan perdaganga­n yang masih berlarutan.

Pada suku kedua, inflasi keseluruha­n secara puratanya adalah lebih tinggi, khususnya mencermink­an luputnya kesan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar yang dilaksanak­an pada Jun 2018.

Inflasi teras, yang tidak mengambil kira kesan daripada perubahan dasar cukai penggunaan, tidak berubah pada 1.6 peratus.

Mengenai pembiayaan, secara keseluruha­nnya ia konsisten dengan kadar pertumbuha­n ekonomi semasa, dengan permintaan untuk pembiayaan menunjukka­n tanda-tanda akan menjadi bertambah baik memandangk­an permohonan pinjaman meningkat pada suku berkenaan.

Pengeluara­n pinjaman yang berterusan kepada semua segmen ekonomi, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan untuk pembelian rumah, dilihat terus menyokong kegiatan ekonomi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia