Berita Harian

Kemenangan Anifah Aman pada PRU-14 batal

Mahkamah Pilihan Raya Sabah putuskan wujud manipulasi

- Oleh Olivia Miwil dan Mohd Azis Ngah bhnews@bh.com.my

Mahkamah Pilihan Raya Sabah semalam, membatalka­n kemenangan Datuk Seri Anifah Aman di kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana didapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaska­n keputusan pilihan raya.

Hakim Lee Heng Cheong membuat keputusan itu selepas mendapati kesilapan pada semua kotak undi yang mempunyai unsur manipulasi, termasuk kertas undi tambahan yang melanggar undang-undang pemilihan.

Petisyen itu difailkan Datuk Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) mencabar kemenangan Anifah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kimanis.

Karim memfailkan petisyen itu pada 18 Jun tahun lalu dengan menamakan Anifah sebagai responden pertama dan pegawai pilihan raya untuk Kimanis serta Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) sebagai responden kedua dan ketiga.

Peguam Anifah, Tengku Fuad Ahmad, berkata pempetisye­n itu menuduh Anifah melakukan rasuah dan amalan rasuah.

“Mahkamah menolak tuduhan itu, yang bermaksud Datuk (Anifah) tidak melakukan apa-apa yang salah dan dia seorang calon yang baik. Dalam hal ini, pempetisye­n, (Datuk Karim Bujang) perlu membayar Anifah sebanyak RM105,000.

“Pempetisye­n itu juga mendakwa SPR melakukan perkara yang salah ketika pilihan raya berkenaan di kampung Brunei dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cheng Meng yang mana ada 284 kertas undi tambahan dalam kotak undi yang mana cukup untuk menjejaska­n keputusan pilihan raya.

“Kita akan membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutua­n,” katanya.

Peguam Karim, Frederick Chang Tyn Chi, pula berkata atas keputusan itu Mahkamah Pilihan Raya memerintah SPR membayar Karim sebanyak RM100,000.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) akan membuat keputusan jika perlu mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis selepas tamat tempoh rayuan selama 14 hari.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun, berkata Anifah mempunyai hak merayu kepada Mahkamah Persekutua­n dalam tempoh itu selepas Mahkamah Pilihan Raya Sabah membatalka­n kemenangan­nya, semalam.

“Kita akan tunggu perkembang­an semasa. Beliau ada tempoh rayuan. Jika dalam tempoh itu, tiada rayuan dibuat, SPR akan panggil (mesyuarat) untuk PRK,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Azhar Azizan berkata, jika Anifah mengemukak­an rayuan, SPR akan menunggu keputusan Mahkamah Persekutua­n yang dijangka membuat keputusan dalam tempoh paling lama enam bulan.

Pada PRU-14, Anifah yang juga bekas Menteri Luar memenangi kerusi Kimanis dengan majoriti 156 undi, dalam pertanding­an tiga penjuru.

Beliau memperoleh 11,942 undi berbanding calon Warisan, Karim Bujang dan Jaafar Ismail dari Harapan Rakyat, masing-masing meraih 11,786 undi dan 1,300 undi.

Anifah yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu keluar parti pada September tahun lalu.

Anifah ada hak merayu kepada Mahkamah Persekutua­n dalam tempoh itu selepas Mahkamah Pilihan Raya Sabah batalkan kemenangan­nya, semalam.

Azhar Azizan Harun, Pengerusi SPR

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia