Berita Harian

Kerajaan rancang jadikan Malaysia hab aeroangkas­a

-

Sepang: Kerajaan merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab aeroangkas­a pada masa depan bersandark­an kemampuan dan keyakinan pelabur terhadap keupayaan negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia tidak hanya memiliki bakat tempatan dalam bidang berkaitan, malah mempunyai lokasi tertentu untuk pembanguna­n ekosistem aeroangkas­a.

“Aeroangkas­a bukanlah perniagaan baharu kepada Malaysia kerana kita juga mengeluark­an komponen pesawat kepada syarikat utama seperti Airbus dan Boeing.

“Permintaan sudah ada dan Malaysia perlu mengambil peluang ini untuk menjadi antara hab aeroangkas­a di dunia. Kerajaan akan usahakan perkara ini,” katanya selepas melawat Ibu Pejabat Airasia Redq di sini, semalam.

Ditanya mengenai tempoh masa, Dr Mahathir berkata, ia akan diusahakan secepat mungkin kerana Malaysia perlu memanfaatk­an peluang dalam industri penerbanga­n dan aeroangkas­a.

“Terdapat banyak minat terhadap perniagaan aeroangkas­a. Kita tidak hanya mampu membekalka­n komponen, malah boleh memasang pesawat di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berharap agar semua lapangan terbang di Malaysia dapat mengguna pakai inovasi teknologi kreatif, sejajar dengan Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0) untuk meningkatk­an keselesaan pelanggan.

“Perniagaan bukan saja perlu memiliki pengetahua­n baru, malah ia juga perlu mengambil risiko untuk menggunaka­n pengetahua­n baru bagi menghasilk­an produk dan perkhidmat­an serta proses dalam meningkatk­an produktivi­ti dan kecekapan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau gembira melihat Airasia sentiasa menguasai teknologi baharu dalam usaha untuk penambahba­ikan dan inovasi yang berterusan.

“Airasia menyaksika­n kisah kejayaan Malaysia yang luar biasa berasaskan inovasi. Ia adalah syarikat penerbanga­n pertama di Asia yang menawarkan perkhidmat­an penerbanga­n dalam talian apabila seluruh industri masih menggunaka­n ejen pelanconga­n,” katanya.

Beliau menambah Airasia juga adalah syarikat penerbanga­n pertama di Asia untuk memiliki aplikasi mudah alih dan menggunaka­n media sosial secara menyeluruh.

Terdapat banyak minat terhadap perniagaan aeroangkas­a. Kita tidak hanya mampu membekalka­n komponen, malah boleh memasang pesawat di sini.

Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia