Berita Harian

Caj perkhidmat­an penumpang diteliti

Kadar dikaji semula selaras keperluan semua pihak berkepenti­ngan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin dan Suhaila Shahrul Annuar bhnews@bh.com.my

Sepang: Kerajaan akan mengkaji semula struktur caj perkhidmat­an penumpang (PSC) yang disifatkan tidak adil untuk penumpang syarikat penerbanga­n tambang rendah dan penerbanga­n perkhidmat­an penuh.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan akan meneliti semula kadar yang dikenakan selaras dengan keperluan semua pihak berkepenti­ngan.

“Ketika ini, kita mengenakan satu peringkat cukai kepada semua penumpang dan ia sebenarnya tidak adil.

“Kita kenakan caj sama untuk semua orang sedangkan semua orang adalah berbeza,” katanya selepas melawat Ibu Pejabat Airasia Redq di sini, semalam.

Yang hadir sama, Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Airasia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia, Tan Sri Tony Fernandes dan Pengerusi Airasia X, Tan Sri Rafidah Aziz.

Perdana Menteri berkata, kadar cukai yang dikenakan perlu mengambil kira faktor kos dan kadar tambang memandangk­an setiap penumpang membayar jumlah yang berbeza.

“Jika mereka menggunaka­n pesawat tambang rendah, adalah tidak adil jika dikenakan cukai lapangan terbang sama seperti mereka yang terbang dengan pesawat lebih mahal,” katanya.

PSC adalah caj yang dikenakan pengendali lapangan terbang kepada penumpang yang berlepas menggunaka­n kemudahan lapangan terbang.

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Airasia Bhd dan Airasia X Bhd membatalka­n tuntutan berkaitan tunggakan bayaran PSC kepada anak syarikat MAHB, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB).

Bagaimanap­un, Airasia mula mengutip PSC dikenakan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bermula minggu lalu sebagai bantahan keputusan mahkamah baru-baru ini.

Ini bermakna syarikat penerbanga­n tambang rendah itu mengutip kadar tambahan RM23 bagi PSC dan perbezaan jumlah itu dipaparkan secara jelas dalam jumlah tambang sebagai ‘PSC (Dalam Bantahan).’

MAHB mengenakan kadar PSC baharu RM73 kepada penumpang yang menggunaka­n terminal klia2 ke destinasi di luar ASEAN sejak Julai tahun lalu iaitu kadar sama dikenakan terminal utama Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Selain PSC, penumpang penerbanga­n juga akan dikenakan levi pelepasan mulai 1 September ini. Setiap orang yang berlepas dari Malaysia ke negara ASEAN akan dikenakan bayaran RM8 bagi penerbanga­n dalam kelas ekonomi dan RM50 bagi kelas-kelas lain. Bagi penerbanga­n selain negara ASEAN, kelas ekonomi akan dikenakan bayaran RM20, manakala kelas lain sebanyak RM150.

Sementara itu, mengenai tawaran pelbagai pihak untuk mengambil alih Malaysia Airlines (MAS), Dr Mahathir berkata, setakat ini belum ada cadangan yang meyakinkan.

“Tidak banyak boleh diperkatak­an mengenai MAS buat masa ini. Kami masih menilai cadangan mengenai langkah memulihkan MAS dan (setakat ini cadangan berkenaan) belum meyakinkan kerajaan,” katanya.

Baru-baru ini, dilaporkan Pengasas Bersama Kumpulan Airasia Bhd, Datuk Pahamin Ab Rajab adalah antara pihak yang dilaporkan menyatakan hasrat untuk ‘menyelamat­kan’ MAS.

Usaha Pahamin bersama lima usahawan, yang nama mereka tidak didedahkan, dikatakan bukan atas nilai komersial semata-mata tetapi lebih kepada semangat cintakan negara yang mana beliau berjanji tidak akan ada pembuangan pekerja sekiranya pengambila­lihan itu dimuktamad­kan.

Difahamkan, antara kumpulan yang menghantar cadangan pengambila­lihan MAS ialah Najah Air Sdn Bhd yang diketuai Pengasas Bersama Airasia Group Bhd, Datuk Pahamin Ab Rajab dan The Weststar Group milik Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim.

 ?? [Foto Ahmad Irham Mohd Noor /BH] ?? Dr Mahathir diberi penerangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Malaysia, Riad Asmat mengenai tayar pesawat pada majlis lawatan ke Ibu Pejabat Airasia Redq, Sepang, semalam.
[Foto Ahmad Irham Mohd Noor /BH] Dr Mahathir diberi penerangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Malaysia, Riad Asmat mengenai tayar pesawat pada majlis lawatan ke Ibu Pejabat Airasia Redq, Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia