Berita Harian

Selesai beri keterangan

Dr Zakir jalani proses merekodkan percakapan hampir lima jam di Bukit Aman

- Oleh Siti Azila Alias sitiazila@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penceramah bebas, Dr Zakir Naik selesai memberi keterangan kepada polis, selepas hampir lima jam menjalani proses merekod keterangan di Bukit Aman, di sini, malam tadi.

Ia dipercayai berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman di Kelantan, baru-baru ini.

Beliau yang berpakaian serba putih dan berkopiah dilihat meninggalk­an Bukit Aman jam 8.15 malam dengan menaiki kenderaan Toyota Innova berwarna hitam.

Bagaimanap­un, beliau tidak memberikan sebarang respon kepada pihak media yang menungguny­a sejak jam 3 petang.

Difahamkan, beliau tiba di Bukit Aman selepas solat Jumaat.

Difahamkan juga, proses itu dilakukan bahagian Bahagian Pendakwaan/undang-undang (D5).

Setakat ini, masih tiada sebarang pengesahan mahupun kenyataan rasmi dikeluarka­n pihak polis berhubung kehadiran Dr Zakir ke Bukit Aman.

Pendakwah itu dikatakan memberikan kenyataan kontrovers­i terhadap kaum Cina di negara ini sebagai kenyataan balas kepada pihak yang mengarahka­nnya supaya keluar dari Malaysia.

Dr Zakir dalam satu syarahan di Kelantan, Khamis lalu, juga didakwa mengeluark­an kenyataan mengaitkan penganut Hindu di negara ini lebih percaya kepada Perdana Menteri di India berbanding Tun Dr Mahathir.

Kelmarin, dua menteri Kabinet iaitu Gobind Singh Deo dan M Kulasegara­n juga mahu Zakir tidak lagi dibenarkan mengadakan ceramah serta mengeluark­an sebarang kenyataan yang boleh menggugat hubungan kaum dan ketenteram­an awam di negara ini.

Polis semalam juga memaklumka­n menerima 115 laporan polis berkaitan Zakir dan sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

 ?? (Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din /BH) ?? Dr Zakir meninggalk­an Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas memberi keterangan, semalam.
(Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din /BH) Dr Zakir meninggalk­an Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas memberi keterangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia