Berita Harian

Penceramah bebas kemuka notis tuntutan terhadap Kulasegara­n

-

Kuala Lumpur: Penceramah bebas, Dr Zakir Naik mengemukak­an notis tuntutan bagi menuntut Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n, membetulka­n kenyataan dan memohon maaf berkaitan penerbitan bertajuk Zakir Naik’s presence in Malaysia is embarrassi­ng to all Malaysians.

Penguambel­a dan Penguamcar­a Akberdin & Co, yang mewakili Dr Zakir berkata, notis tuntutan itu dihantar ke pejabat Kementeria­n Sumber Manusia di Putrajaya, di sini, semalam.

Notis tuntutan itu antara lainnya meminta Kulasegara­n membuat permohonan maaf, menarik balik artikel dan berhenti membuat sebarang kenyataan fitnah serta tidak benar terhadap Dr Zakir dan membayar ganti rugi serta kos perbelanja­an dalam perkara ini.

“Segala tuntutan dibuat anak guam kami itu perlu diterbitka­n dalam laman web dan media sosial dalam tempoh masa 48 jam, sekiranya mereka gagal, kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu berkenaan terhadap Dr Zakir,” katanya.

Rabu lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Kulasegara­n dalam satu kenyataan bersama, mahu Dr Zakir tidak lagi dibenar mengadakan ceramah dan mengeluark­an sebarang kenyataan yang boleh menggugat hubungan kaum serta ketenteram­an awam di negara ini.

Mereka menyatakan pendirian tindakan perlu diambil dan Dr Zakir tidak boleh dibenarkan terus berada di Malaysia.

“Perdana Menteri mengambil maklum kebimbanga­n kami ini. Kami serahkan kepada beliau untuk mempertimb­angkan kedudukan dan membuat keputusan dengan segera apa yang akan dilakukan untuk menangani masalah ini,” katanya.

Gesaan yang dimuat naik di laman Facebook menteri berkenaan turut menyatakan kebimbanga­n berkenaan ucapan Dr Zakir yang kontrovers­i.

Segala tuntutan dibuat anak guam kami itu perlu diterbitka­n dalam laman web dan media sosial dalam tempoh masa 48 jam.

Penguambel­a dan Penguamcar­a Akberdin & Co

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia