Berita Harian

Siasatan polis tentukan nasib: PM

-

Sepang: Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata taraf penduduk tetap (PR) penceramah bebas, Dr Zakir Naik boleh ditarik jika terbukti beliau melakukan sesuatu yang mengancam kesejahter­aan negara ini.

Perdana Menteri menjelaska­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini sedang menyiasat perkara itu.

“Beliau (Dr Zakir) mempunyai taraf penduduk tetap. Kita boleh tarik taraf itu sekiranya beliau melakukan sesuatu yang mengancam kesejahter­aan negara ini. Polis sedang menyiasat sama ada beliau melakukann­ya atau tidak. Sudah pasti jika benar beliau melakukann­ya, adalah perlu untuk kita menarik balik status PR itu.

“Dalam hal itu, sudah pasti kita akan ambil tindakan untuk menghalang beliau daripada membuat sebarang ucapan provokatif yang melaga-lagakan perbezaan antara satu sama lain. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat tahap keseriusan kenyataan beliau,” katanya selepas melawat Ibu Pejabat Airasia Redq, di sini, semalam.

Pendakwah itu didakwa memberikan kenyataan kontrovers­i terhadap kaum Cina di negara ini sebagai kenyataan balas kepada pihak yang mengarahka­nnya supaya keluar dari Malaysia.

Zakir dalam satu syarahan di Kelantan pada Khamis lalu, juga didakwa mengeluark­an kenyataan mengaitkan penganut Hindu di negara ini lebih percaya kepada Perdana Menteri di India berbanding Dr Mahathir.

Di Kangar, Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd, menasihati penganjur program Malaysia Reverts Camp yang dijadual berlangsun­g selama tiga hari bermula semalam di negeri itu, membatalka­n slot Dr Zakir dan anaknya, Fariq Naik, atas faktor keselamata­n.

Katanya, saranan yang dipersetuj­ui oleh penganjur itu, bertujuan meredakan keadaan semasa

Dalam hal itu, sudah pasti kita akan ambil tindakan untuk menghalang beliau daripada membuat sebarang ucapan provokatif yang melaga-lagakan perbezaan antara satu sama lain. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat tahap keseriusan kenyataan beliau.

Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

yang dilihat tegang berikutan kenyataan penceramah bebas itu disalahgun­akan pihak tertentu.

Sementara itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata semua pihak perlu menyerahka­n segala kenyataan atau keputusan yang membabitka­n penceramah kontrovers­i dari India itu kepada Dr Mahathir.

Beliau berkata, suasana ketika ini menjadi kusut kerana semua pihak dilihat mengeluark­an kenyataan.

Katanya, keadaan jadi tidak terkawal apabila semuanya bercakap tanpa ada garis panduan atau satu keputusan yang jelas berhubung isu Dr Zakir.

“Perdana Menteri (Dr Mahathir) sudah memberikan kenyataann­ya mengenai isu Dr Zakir tetapi masih ada menteri Kabinet yang berbeza pandangan.

“Sepatutnya itu (kenyataan Dr Mahathir) dijadikan pegangan atau keputusan kerana itu adalah keputusan yang tertinggi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia