Berita Harian

Wakil syarikat pernah datang tinjau tanah

Peneroka risau projek jejas pendapatan

- Cnews@nstp.com.my

Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof dan Nurul Amanina Suhaini Kota Tinggi: Peneroka FELDA Sening dekat Pengerang di sini, mengaku pernah didatangi individu tertentu yang meninjau tanah di kawasan kebun sawit mereka.

Mereka mendakwa, wakil syarikat yang tidak dikenali penduduk itu datang meninjau tanah kebun sawit FELDA berkenaan, kira-kira dua tahun lalu.

Peneroka FELDA Sening, Bachok Kamsi, 69, mendakwa selepas meninjau kawasan tanah berkenaan, wakil syarikat terbabit memaklumka­n akan datang semula untuk melakukan ujian batu (mineral).

“Sama ada saya setuju atau tidak projek bauksit itu dilaksanak­an di sini (FELDA Sening), bergantung kepada pengurusan (FELDA) apabila mereka mengadakan pertemuan dan perbincang­an bersama peneroka kerana ini kebun kami dan tidak boleh diceroboh begitu saja,” katanya ketika ditemui BH di sini, semalam.

Bachok berkata, lebih 500 peneroka tinggal di FELDA Sening dan tapak kampung itu secara keseluruha­nnya adalah kebun sawit sama ada sudah dimiliki penduduk atau masih dalam pemilikan

Wakil syarikat terbabit memaklumka­n akan datang semula untuk melakukan ujian batu.

FELDA.

Katanya, kira-kira 10 tahun lalu, FELDA Adela yang terletak dalam gugusan sama pernah terbabit dengan aktiviti perlombong­an bauksit tetapi menggunaka­n kawasan kebun sawit persendiri­an dan bukannya tanah FELDA, namun usaha itu sudah dihentikan.

Sementara itu, Peneroka FELDA Kledang, Abdullah A Rahman, 65, berkata dia sudah menetap di kawasan perkampung­an berkenaan lebih 30 tahun, namun tidak pernah dengar ura-ura projek bauksit dilakukan di situ.

“Di sini ada 375 peneroka, namun tidak pernah pula ada sesiapa datang membuat tinjauan atau temui saya mengenai projek itu mahu dilakukan di sini.

“Namun, sebagai peneroka, saya tidak setuju, malah risau jika mereka (syarikat) menggunaka­n kebun sawit yang ada di sini, kerana apabila tanah diambil (untuk projek perlombong­an) pokok akan mati dan menjejaska­n pendapatan kami,” katanya.

Tinjauan BH di sekitar Gugusan FELDA Adela, Sening, Kledang dan Tunggal itu mendapati lokasi berkenaan dikeliling­i kawasan berbukit, berpasir, selain terdapat paya dan sungai berhampira­n kebun sawit diusahakan penduduk kampung.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Kesejahter­aan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon, berkata berdasarka­n semakan pihaknya dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS), tiada sebarang kelulusan diberikan kepada mana-mana firma swasta untuk menjalanka­n aktiviti perlombong­an bauksit di kawasan berkenaan.

“Malah, semakan juga tidak menemukan sebarang maklumat mahupun sebarang laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) sebagaiman­a didakwa diperoleh mana-mana firma setakat ini.

“Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) turut mengesahka­n bahawa tiada permohonan dikemukaka­n oleh sebarang firma swasta bagi menjalanka­n aktiviti perlombong­an bauksit di kawasan pentadbira­n pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

“Kerajaan negeri memandang serius laporan mengenai rancangan perlombong­an bauksit ini terutama membabitka­n faktor alam sekitar secara menyeluruh dan kesan jangka panjang,” katanya.

BH sebelum ini melaporkan The One Minerals Mining Sdn Bhd (TOMM) dan firma pelaburan Hong Kong, Via East West Capital (VEWC) bakal melabur AS$350 juta (RM1.47 bilion) untuk melombong 2,833 hektar bauksit di Johor bagi tempoh lima tahun akan datang di atas tanah milik FELDA di Kota Tinggi.

Pengarah Urusan TOMM, Looi Kam Yong, dalam penjelasan­nya mendakwa permohonan mendapatka­n kebenaran bagi kajian dan usaha sama peneroka menjalanka­n pengeluara­n mineral bauksit dibuat melalui syarikat tujuan khas, Watan Bijaksana Sdn Bhd (Watan Bijaksana) dan bukannya melalui TOMM.

“Kesilapan kami dalam sidang media baru-baru ini adalah menggunaka­n nama TOMM. Hakikatnya, semua urusan permohonan dibuat melalui Watan Bijaksana, manakala TOMM adalah syarikat pengendali proses perlombong­an dan eksport bauksit.

“Melalui Watan Bijaksana, kami mengemukak­an permohonan kepada FELDA dan Felda Global Ventures Plantation­s (M) Sdn Bhd. Kedua-dua pihak ini juga sudah memberi maklum balas dan kebenaran kepada kami atas nama Watan Bijaksana untuk menjalanka­n kajian serta usaha sama peneroka bagi menjalanka­n kerja perlombong­an.

“Malah, FELDA juga sudah mengeluark­an surat aku janji persetujua­n berkenaan pengeluara­n hasil bumi yang ditandatan­gani peneroka yang terbabit,” katanya.

Bachok Kamsi, Peneroka FELDA Sening

Apabila tanah diambil pokok akan mati dan menjejaska­n pendapatan kami.

Abdullah A Rahman, Peneroka FELDA Kledang

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia