Berita Harian

Reda cacat demi negara

Pesara tentera kabur sebelah mata, kudung kaki kiri angkara letupan jerangkap samar

- Shaarani@bh.com.my

Oleh Shaarani Ismail Batu Gajah: Peristiwa terkena jerangkap samar pada 15 Mac 1977, ketika ditugaskan membersih jerangkap samar yang dipasang pengganas komunis di sempadan Malaysia/thailand berhampira­n Banding, Hulu Perak, tidak pernah luput dari ingatan Muhamad Razali Din, 76.

Pesara tentera dengan pangkat Pegawai Waran II selepas 21 tahun berkhidmat bersama pasukan 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) itu juga reda kerana akibat daripada peristiwa itu, kaki kirinya terpaksa dipotong di bawah paras lutut.

“Ketika kejadian, saya ditugaskan membersih saki-baki jerangkap samar yang dipasang musuh dalam Operasi Naga/operasi Foxtrot sekitar hutan Banding bersama 12 anggota lain secara taktikal, iaitu bergerak dari satu petak ke petak lain.

“Selepas pembersiha­n dijalankan pada hari berkenaan, saya arahkan anggota untuk berehat, sementara saya meneruskan tinjauan bagi merancang tugas pembersiha­n untuk keesokanny­a.

“Masih terpahat dalam ingatan saya, ketika itu jam 3.45 petang, pada jarak 13 meter dari tempat semua anggota sedang berehat, saya terpijak jerangkap samar dipasang musuh dalam kawasan yang belum dibersihka­n.

“Sebaik jerangkap samar itu meletup, badan saya melambung beberapa meter sebelum terjatuh dan nyaris tercampak ke dalam gaung. Nasib saya baik kerana tersangkut pada dahan pokok, ketika itu, saya sempat melihat kaki kiri sudah berlumuran darah, hanya tinggal tulang selepas semua daging sudah hancur.

“Akibat kejadian itu, kaki kiri saya terpaksa dipotong hingga di bawah lutut, manakala mata kiri tidak mampu berfungsi dengan baik akibat terkena serpihan logam yang masuk ke dalamnya,” katanya ketika ditemui di kedai makannya di Kampung Sungai Terap di sini, semalam.

Muhamad Razali berkata, kecacatan yang dialami susulan insiden berkenaan sedikit pun tidak pernah melunturka­n semangatny­a untuk terus menyeru generasi muda supaya terus tanamkan semangat cintakan negara, selain mempertaha­nkan negara dari ancaman musuh baik dari luar dan dalam.

Katanya, beliau kesal dan sedih dengan sikap segelintir masyarakat pada hari ini yang sewenang-wenangnya memperleke­hkan usaha dan tugas yang digalas pasukan keselamata­n negara dan menghina tugas yang diamanahka­n kepada mereka.

Katanya, sebahagian besar anggota keselamata­n kadangkala terpaksa mengutamak­an tugas daripada keluarga, pengorbana­n yang diberikan dalam mempertaha­nkan negara bukan sesuatu yang sewenangny­a untuk diperlekeh­kan.

“Orang awam yang tidak pernah tahu bagaimana pasukan keselamata­n bermati-matian mempertaha­nkan negara, tak usahlah hina tugas tentera dan pasukan keselamata­n yang lain, cukup sekadar memberikan sokongan dan penghargaa­n atas apa yang sudah dilakukan pejuang terdahulu dalam mempertaha­nkan negara.

“Kami bukannya mahukan sanjungan dan wang ringgit, tapi cukup sekadar mengingati apa usaha dan pengorbana­n yang pernah kami lakukan dalam memastikan keamanan negara,” katanya.

Beliau berkata, berikutan itu, cadangan supaya tindakan tegas diambil terhadap mereka yang menghina dan memperleke­hkan tugas pasukan keselamata­n sangat dialu-alukan supaya ia tidak terus menjadi barah, selain kesal sikap generasi muda kini yang dangkal fakta sejarah serta tidak melihat apa yang pernah berlaku pada negara sebelum ini sebagai satu pengajaran.

“Susah payah pasukan keselamata­n mempertaha­nkan negara ketika era 1960-an dan 1970-an, macam-macam kejadian berlaku ketika itu, antaranya konfrontas­i antara Malaysia dengan Indonesia, selain ancaman komunis yang berleluasa memerlukan kepada pengorbana­n pasukan keselamata­n untuk mempertaha­nkan segala ancaman.

“Jadi, generasi muda pada hari ini patut didedahkan dengan pengorbana­n generasi terdahulu, tidak dipesongka­n fakta dengan menganggap musuh sebagai wira, itu keterlalua­n, sedangkan yang berjuang bermati-matian memastikan negara terus aman adalah pasukan keselamata­n,” katanya.

 ?? (Foto EFFENDY RASHID/BH) ?? Muhamad Razali memakai kaki palsu ketika ditemui di kedai makannya di Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, semalam.
(Foto EFFENDY RASHID/BH) Muhamad Razali memakai kaki palsu ketika ditemui di kedai makannya di Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Gambar Muhamad Razali ketika menerima rawatan selepas terkena jerangkap samar dipasang musuh dalam Operasi Naga/operasi Foxtrot sekitar hutan Banding, Hulu Perak pada 15 Mac 1977.
Gambar Muhamad Razali ketika menerima rawatan selepas terkena jerangkap samar dipasang musuh dalam Operasi Naga/operasi Foxtrot sekitar hutan Banding, Hulu Perak pada 15 Mac 1977.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia