Berita Harian

Kempen Tabung Pahlawan sasar kutip RM6 juta

-

Kuala Lumpur: Kempen Tabung Pahlawan (KTP) yang akan dilancarka­n pada 19 September depan menyasarka­n kutipan RM6 juta untuk tahun ini, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Berikutan itu, katanya, semua lapisan masyarakat tidak kira individu, swasta mahupun korporat diseru untuk menyumbang kepada KTP, bersempena sambutan Hari Pahlawan peringkat Kebangsaan.

Katanya, hasil kutipan tabung itu nanti akan disalurkan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk veteran kelainan upaya, balu dan anak.

Selain itu, kutipan juga akan digunakan untuk memberi bantuan kebajikan kepada veteran ditimpa musibah, bantuan alat perubatan serta bantuan khas pengurusan jenazah.

“Kempen ini dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) yang sebelum ini dikendalik­an Persatuan Veteran ATM (PVATM).

“Kempen ini bermula dari bulan Ogos sehingga Februari 2020 dan dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selaku Penaung KTP 2019.

“Setiap sumbangan kepada KTP akan dikecualik­an daripada cukai pendapatan dan resit rasmi akan dikeluarka­n bagi tujuan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad berkata, pengumuman dan penyampaia­n sumbangan akan dibuat ketika majlis pelancaran KTP pada 19 September depan, manakala Majlis Makan Malam Amal KTP pula diadakan pada 25 Oktober.

Katanya, pelbagai agenda dirancang bersempena sambutan Hari Pahlawan, antaranya program derma darah oleh Veteran ATM dengan kerjasama Kementeria­n Kesihatan dan Larian Amal 19.33 dijangka dibuat tahun depan.

Setiap sumbangan kepada KTP akan dikecualik­an daripada cukai pendapatan dan resit rasmi akan dikeluarka­n bagi tujuan terbabit.

Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia