Berita Harian

Di manakah silap satu kubur dua nama?

-

Ramai yang lega. Babak pertama misi mencari dan menyelamat pelancong Ireland, Nora Anne Quoirin, selesai apabila mayatnya ditemui pada Selasa lalu - pada hari ke-10 selepas dilaporkan hilang.

Kini semua menunggu apakah kesudahan di babak kedua. Mencari rumusan segala info berkaitan kematianny­a dan babak seterusnya mungkin membawa pulang jenazah ke kampung halaman. Selepas itu, mungkin semuanya akan tamat.

Namun, jangan sesekali kita meletakkan noktah di sebalik pengakhira­n yang tidak tertanggun­g, kerana babak seterusnya mungkin akan masuk panggung. Ini kerana, tidak mustahil akan wujud babak tambahan yang tidak pernah terfikir dek akal, apatah lagi membabitka­n soal kematian.

Bercakap soal urusan selepas kematian ini, antara percaya atau tidak, penulis sendiri terkejut dengan kisah kematian ahli keluarga seorang kenalan, juga orang media. Logiknya, apabila semua urusan pengebumia­n sudah selesai, ia akan berakhir di situ dengan doa dan harapan semuanya akan ‘tutup buku’, tanpa ada yang berbuku.

Kes berlaku kepada kenalan penulis ini. Ibunya meninggal dunia beberapa bulan lalu dan dikebumika­n di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Tanah perkuburan ini memang tersusun, diurus dengan baik dan sistematik, setiap lot mempunyai nombor pendaftara­n tersendiri. Jadi, apa kaitannya dengan kes Kassim Selamat?

Itulah yang membingung­kan kerana beberapa bulan selepas selesai semua urusan pengebumia­n, ahli keluarga mahu meletakkan batu nisan yang ditulis nama bonda tercinta. Alangkah terkejutny­a, lot sama tempat ibunya dikebumika­n sudah menjadi milik orang lain. Sudah dipasang siap batu nisan tertulis nama seorang wanita.

Bagaimana ia boleh berlaku kerana sangat tidak masuk akal satu kubur mempunyai dua pemilik. Lainlah jika kes dikebumika­n dalam satu perkuburan besar. Apabila dirujuk kepada pihak pengurusan, jawapannya cukup mengecewak­an dengan alasan, memang tiada rekod bonda bersemadi di situ.

Jadi, siapa yang dikebumika­n di lot itu? Bukankah semua ahli keluarga berada di situ ketika mengiringi jenazah buat kali terakhir. Siap lengkap dengan rakaman gambar di tanah kubur yang masih merah.

Di manakah silapnya. Adakah salah maklumat lot kubur atau salah keluarga pemilik batu nisan itu kerana tersilap letak tanda, sedangkan, urusan pengebumia­n itu sendiri perlukan satu proses lengkap, mesti ada sijil kematian dan permit kubur. Bukan sewenang-wenangnya nak kebumikan jenazah di situ.

Bukan juga ahli keluarga yang boleh menggali kubur dan memilih tapak atau lot sesuka hati, semua mesti mengikut aturan ditetapkan pengurusan. Kerana mahu mencari penyelesai­an, kenalan tadi cuba menjadikan kes itu viral di media sosial, dengan harapan mahu mencari waris yang meletakkan batu nisan di kubur ibunya.

Persoalann­ya, bagaimana isu ini patut diselesaik­an dan bagaimana rekod pengebumia­n tadi mungkin terlepas pandang dan tiada dalam sistem rekod.

Ini bukan soal main-main. Hanya kerana kesilapan kecil seperti tersilap catat nombor lot atau terlupa merekodkan urusan, ia akan mencetuska­n huru-hara yang cukup besar impaknya.

Inilah yang penulis katakan sebagai babak ketiga atau babak yang tidak disangka-sangka.

Penulis yakin, isu ini boleh diselesaik­an dengan cara baik, semak semua segala rekod dan fakta yang ada, bersemuka di meja rundingan. Panggil waris kedua-dua keluarga yang menuntut hak. Jangan sesekali berperang di pentas media sosial.

Jika melakukan kesilapan, berlapang dada memohon maaf, tetapi paling penting ialah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) mesti campur tangan mencari penyelesai­an.

JAWI mesti ambil peduli apa yang berlaku di lapangan dan pastikan kesilapan kecil seperti ini tidak berulang, kerana ini soal pengurusan dan soal imej agama Islam.

Mungkin juga kita boleh mengamalka­n pendekatan sama seperti ketika membuat pasport atau Mykad, yang mana pegawai bertugas di kaunter akan meminta kita menyemak nombor kad pengenalan, ejaan nama dan alamat untuk memastikan semua maklumat adalah betul.

Di perkuburan, pengurusan mungkin patut melakukan perkara sama dan waris perlu menurunkan tanda tangan tanda setuju dengan semua rekod yang dicatat. Kedua-dua pihak perlu ada rekod bertulis sebagai rujukan jika berlaku kes tuntutan pada masa depan.

Penulis adalah Penulis Khas Berita Harian

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia