Berita Harian

Kedutaan Ireland bantu urus dokumentas­i mayat

Usaha permudah bawa pulang mendiang Nora Anne ke negara asal

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi tuty@bh.com.my

Seremban: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Kedutaan Ireland bersedia membantu dari segi dokumentas­i bagi tuntutan mayat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi memudahkan keluarga itu membawa pulang mayat remaja berusia 15 tahun terbabit ke negara asal mereka.

“Mereka (pihak kedutaan) memaklumka­n apa-apa dokumentas­i akan dipermudah­kan untuk membawa balik mayat keluar dari Malaysia,” katanya pada sidang media selepas sesi taklimat mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne di Balai Polis Pantai, di sini, semalam.

Sesi taklimat itu disampaika­n Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengenai operasi SAR remaja terbabit yang dijalankan sejak 4 Ogos lalu sehingga mayatnya ditemui Rabu lalu.

Dr Wan Azizah turut menzahirka­n penghargaa­n kepada pasukan SAR kerana bertungkus lumus mencari remaja itu.

“Malangnya dia ditemui (dalam keadaan sedemikian). Kita serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dr Wan Azizah kemudian meluangkan masa kira-kira 15 minit bagi menemui keluarga Nora Anne di resort berkenaan.

Bagaimanap­un apabila ditanya mengenai pertemuan dan sama ada keluarga berpuas hati dengan keputusan bedah siasat, beliau enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak boleh komen. Keluarga minta privasi,” katanya.

Kelmarin, Mohamad mengesahka­n Nora Anne mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh panjang.

Selain itu, katanya, remaja itu yang hanya mempunyai kesan calar kecil pada bahagian kaki, dipercayai mati akibat tekanan berpanjang­an.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Perancis merakamkan penghargaa­n kepada Malaysia atas usaha tanpa henti pihak berkuasa negara ini mengesan Nora Anne yang hilang ketika bercuti di Malaysia.

Menteri Negara Perancis kepada Menteri Hal Ehwal Luar dan Eropah, Jean-baptiste Lemoyne, menyampaik­an penghargaa­n itu menerusi panggilan telefon kelmarin kepada Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya, menurut kenyataan Kementeria­n Luar, semalam.

Marzuki turut menyampaik­an kepada Lemoyne simpati dan takziah Malaysia atas kematian mendiang Nora Anne,” menurut kenyataan itu.

Polis Perancis, Ireland dan Britain turut membantu polis Malaysia dalam siasatan kes itu.

Bapa Nora Anne, Sebastien Marie Philipe adalah warga Perancis, manakala ibunya, Meabh Jaseprine Quoirin rakyat Ireland.

 ?? [FOTO ADZLAN SIDEK /BH] ?? Dr Wan Azizah pada sidang media selepas sesi taklimat mengenai operasi mencari dan menyelamat Nora Anne di Balai Polis Pantai, semalam.
[FOTO ADZLAN SIDEK /BH] Dr Wan Azizah pada sidang media selepas sesi taklimat mengenai operasi mencari dan menyelamat Nora Anne di Balai Polis Pantai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia