Berita Harian

Lebih banyak penyertaan, tawaran pemaju

Pameran 3 hari di Komtar JBCC tawar lebih 3,400 unit rumah, nilai pembanguna­n kasar RM2.2B

- Mohdfahmi@bh.com.my

Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof Johor Bahru: Pameran hartanah, Myrumah 2019 anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) kembali ke Johor dengan lebih banyak penyertaan dan tawaran daripada pemaju.

Berlangsun­g buat tahun keempat di negeri ini, pameran hartanah Myrumah 2019 di Komtar JBCC berlangsun­g selama tiga hari, bermula semalam.

Siri jelajah ketiga Myrumah 2019 yang disokong oleh Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu menawarkan lebih 3,400 unit kediaman dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM2.2 bilion.

Majlis perasmian Myrumah 2019 disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Interim NSTP, Mustapha Kamil Mohd Janor; Pengarah Urusan Johor Land, Lokman Abu Bakar; Ketua Pegawai Operasi NSTP, Datuk Yushaimi Maulud Yahaya dan Pengurus Besar Pengiklana­n NSTP, Jeannie Leong.

Dzulkefly berkata, beliau mengalu-alukan penganjura­n pameran hartanah seperti Myrumah yang membantu kerajaan negeri memacu penjualan kediaman di Johor.

“Berdasarka­n sentimen pasaran yang positif, saya yakin akan potensi sektor perumahan domestik dan juga dalam negeri.

“Dua projek pembanguna­n sedang dijalankan dijangka membantu membaiki sistem perhubunga­n antara bandar iaitu Sistem Transit Aliran Johor Bahru-singapura (RTS) serta Transit Aliran Bas Iskandar (RBS),” katanya ketika berucap pada perasmian itu.

Sementara itu, Mustapha Kamil berkata, satu daripada teras utama Myrumah ialah pendidikan dan pameran menyediaka­n aset tidak ternilai kepada pengunjung secara percuma.

“Saya menyeru kepada orang ramai untuk hadir ke pameran Myrumah Johor Bahru dan dapatkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar hartanah dan perumahan negara yang turut serta dalam pameran Myrumah kali ini,” tambahnya.

Siri ketiga pameran hartanah Myrumah Komtar JBCC itu akan berlangsun­g bermula jam 10 pagi hingga jam 10 malam disertai oleh

Saya menyeru kepada orang ramai untuk hadir ke pameran Myrumah Johor Bahru dan dapatkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar hartanah dan perumahan negara yang turut serta dalam pameran Myrumah kali ini.

lapan pemaju iaitu Bukit Pelali Properties Sdn Bhd, Dynasty View Sdn Bhd, Guocoland (Malaysia) Berhad, Johor Land Berhad, KPKT serta Jabatan Perumahan Negara (JPN), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Seri Alam Properties Sdn Bhd dan UDA Land (South) Sdn Bhd.

Ia juga turut disertai MBSB Bank Berhad, Lionmas Furnishers (M) Sdn Bhd, Oriental Food Industries Sdn Bhd, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Takaful Ikhlas Bhd.

Siri pertama Myrumah dianjurkan di pusat beli-belah Mytown, Kuala Lumpur, pada Mac lalu dengan kehadiran lebih 100,000 pengunjung sebelum diteruskan ke pusat beli-belah AEON Bandaraya Melaka, bulan lalu.

Selepas Johor Bahru siri jelajah pameran hartanah Myrumah 2019 akan berlangsun­g di Pulau Pinang dan Shah Alam.

Mustapha Kamil Mohd Janor, Ketua Pegawai Eksekutif Interim NSTP

 ?? [Foto Hairul Anuar Rahim/bh] ?? Dzulkefly diiringi Mustapha Kamil (enam dari kiri) dan Yushaimi (lapan dari kanan) bersama wakil pempamer pada majlis perasmian Myrumah 2019 di Komtar JBCC, Johor Bahru, semalam.
[Foto Hairul Anuar Rahim/bh] Dzulkefly diiringi Mustapha Kamil (enam dari kiri) dan Yushaimi (lapan dari kanan) bersama wakil pempamer pada majlis perasmian Myrumah 2019 di Komtar JBCC, Johor Bahru, semalam.
 ?? [Foto Hairul Anuar Rahim/bh] ??
[Foto Hairul Anuar Rahim/bh]
 ??  ??
 ??  ?? Sebahagian pengunjung yang hadir pada Majlis Pelancaran Pameran Hartanah Myrumah 2019 di Komtar JBCC, Johor Bahru, semalam.
Sebahagian pengunjung yang hadir pada Majlis Pelancaran Pameran Hartanah Myrumah 2019 di Komtar JBCC, Johor Bahru, semalam.
 ??  ?? Antara pengunjung yang hadir pada Pameran Hartanah Myrumah 2019 di Komtar JBCC, Johor Bahru, semalam.
Antara pengunjung yang hadir pada Pameran Hartanah Myrumah 2019 di Komtar JBCC, Johor Bahru, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia