Berita Harian

Peranan mahasiswa diperkukuh

Inisiatif sebagai pendedahan terbaik sediakan kepemimpin­an berkualiti

- Fahmy.azril@bh.com.my

Oleh Fahmy A Rosli Kuala Lumpur: Kementeria­n Pendidikan mengambil langkah melantik wakil mahasiswa sebagai anggota Senat di Universiti Awam (UA) masing-masing dengan matlamat inisiatif itu berupaya mengangkat dan mengukuhka­n peranan golongan berkenaan di negara ini.

Dalam satu kenyataan semalam, menurut Kementeria­n Pendidikan, langkah diambil kementeria­n menjadikan UA di Malaysia menjadi universiti pertama di Asia Tenggara melantik wakil mahasiswa bagi mengisi jawatan terbabit.

“Kementeria­n Pendidikan sedang menggerakk­an pelbagai inisiatif penting untuk mengukuhka­n peranan golongan mahasiswa di negara ini. Antara langkah utama yang sedang diambil ialah melantik wakil mahasiswa untuk menjadi anggota Senat di UA seluruh negara.

“Kementeria­n Pendidikan amat berbangga dengan usaha ini kerana UA di Malaysia menjadi universiti pertama di Asia Tenggara yang melantik wakil mahasiswa sebagai anggota Senat universiti.

“Kementeria­n Pendidikan melihat usaha ini sebagai pendedahan terbaik buat kita menyediaka­n kepemimpin­an berkualiti pada masa hadapan.

“Mahasiswa kini memiliki suara lebih jelas dalam proses pembuatan keputusan, menentukan hala tuju universiti dan memberikan penyelesai­an kepada isu-isu kebajikan mahasiswa serta hak berkaitan,” katanya.

Pada kesempatan itu, menurut Kementeria­n Pendidikan, menterinya, Dr Maszlee Malik semalam mengambil peluang bertemu dengan kelompok mahasiswa yang dilantik menganggot­ai Senat di universiti masing-masing.

Dalam pertemuan berkenaan, kenyataan itu menyebut, Maszlee mengharapk­an setiap mahasiswa yang diberikan tanggungja­wab sedemikian dapat terus mengukuhka­n komitmen dan menyumbang idea penting demi perkembang­an universiti serta pendidikan tinggi negara.

“Mahasiswa adalah antara pemegang taruh utama untuk Kementeria­n Pendidikan dalam memastikan agensi reformasi pendidikan yang sedang digerakkan kini dapat berjalan dengan lancar,” menurut kenyataan itu.

 ??  ?? Maszlee ketika pertemuan dengan delegasi dari universiti awam di Kementeria­n Pendidikan, Putrajaya, semalam.
Maszlee ketika pertemuan dengan delegasi dari universiti awam di Kementeria­n Pendidikan, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia