Berita Harian

Lima kertas cadangan penyelidik­an terima geran

-

Kuala Lumpur: Lima kertas cadangan penyelidik­an paling cemerlang dipilih untuk menerima Geran Penyelidik­an Anugerah Merdeka Penempatan Antarabang­sa 2019.

Pensyarah kanan dari Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi MARA (UITM), Dr Mohd Azri Ab Rani menerima geran berkenaan menerusi penyelidik­an berkaitan bateri masa depan.

Selain Mohd Azri yang menerima geran bagi kategori kesihatan, sains dan teknologi, dua lagi penerima ialah penuntut ijazah doktor falsafah (PHD) Universiti Teknologi PETRONAS, Feng Ying Xing serta pensyarah kanan Fakulti Kejurutera­an Sumber Mineral dan Bahan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Yanny Marliana Baba Ismail.

Bagi geran kategori alam sekitar, geran diberi kepada Pengurus Penyelidik­an Projek, Program Karnivor Borneo, Christian R Gomez sementara usahawan sosial, Juliana Ooi Sue May menerima geran penyelidik­an bagi kategori pendidikan dan komuniti.

Ying Xing memfokuska­n penyelidik­an berkaitan model pembelajar­an bagi meningkatk­an prestasi kognitif, sementara Yanny, menumpukan kajian kepada bahan yang mempercepa­t penyembuha­n tulang.

Gomez pula memfokuska­n penyelidik­an berkenaan pemulihara­an haiwan terancam, sementara Sue May memberi tumpuan kepada kajian mengupaya ibu bapa muda dalam pendidikan kesihatan sosial dan reprodukti­f.

Penerima geran akan menerima bantuan kewangan bagi penempatan jangka pendek dan mereka boleh memilih untuk mengikuti projek atau program kerjasama di institusi, syarikat, agensi serta organisasi yang diiktiraf pada peringkat antarabang­sa selama tiga bulan.

Terdahulu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, selaku Penaung Diraja Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka berkenan menyampaik­an geran itu.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Presiden Penerokaan dan Pengeluara­n Exxonmobil Malaysia Inc, Edward E Graham serta Pengarah Kewangan Shell, Hilmi Yusof.

Terdahulu, Sultan Nazrin bertitah, penerima geran mestilah menggunaka­n peluang yang diberi untuk meluaskan ilmu dan berkongsi penyelidik­an dengan pakar terbaik dunia.

Baginda bertitah, mereka perlu mengumpulk­an pandangan berharga yang diperoleh kelak untuk manfaat penyelidik­an, selain mencari penyelesai­an kepada masalah rakyat.

“Ramai penerima geran terdahulu berjaya melangkah untuk meningkatk­an dan mengembang­kan keupayaan diri dan membentuk diri sebagai sumber yang boleh diyakini dalam bidang masing-masing. “Penguasaan dan penerapan ilmu menerusi penyelidik­an ialah pembolehub­ah yang hebat. Jika diguna secara bijak, ia dapat menggalakk­an kemajuan ekonomi, pembanguna­n sosial dan perpaduan serta keharmonia­n,” titah baginda.

Baginda juga menggalakk­an rakyat, terutama anak muda mengambil bahagian secara aktif dalam pembanguna­n negara menerusi pemupukan budaya perkongsia­n dan pembinaan pengetahua­n.

Geran Penyelidik­an Anugerah Merdeka Penempatan Antarabang­sa dilancarka­n pada 2012 sebagai program khas menerusi kelolaan Anugerah Merdeka.

Sehingga kini, seramai 14 anak muda berusia 22 hingga 35 tahun menerima geran itu dengan 11 daripadany­a menamatkan program penempatan antarabang­sa.

 ?? [Foto Asyraf Hamzah/bh] ?? Sultan Nazrin, Wan Zulkiflee, Graham dan Hilmi bersama penerima Geran Penyelidik­an Anugerah Merdeka Penempatan Antarabang­sa 2019 di Kuala Lumpur, semalam.
[Foto Asyraf Hamzah/bh] Sultan Nazrin, Wan Zulkiflee, Graham dan Hilmi bersama penerima Geran Penyelidik­an Anugerah Merdeka Penempatan Antarabang­sa 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia