Berita Harian

Prospek ekonomi negara kekal kukuh

Kadar inflasi rendah, pasaran pekerjaan stabil antara faktor beri impak positif

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Nurhayati Abllah bhbiz@bh.com.my

pertumbuha­n ekonomi Malaysia dilihat kekal kukuh pada separuh kedua tahun ini selepas mencatatka­n pertumbuha­n di luar jangkaan pasaran sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua tahun ini.

Ketua Penyelidik MIDF Research, Mohd Redza Abdul Rahman, berkata pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku kedua itu adalah sedikit lebih baik berbanding unjuran pihaknya, 4.8 peratus.

“Kami kekal positif terhadap perkembang­an ekonomi negara untuk separuh kedua tahun ini dengan mengekalka­n unjuran pertumbuha­n KDNK bagi 2019 pada kadar 4.9 peratus,” katanya bagi mengulas mengenai prestasi ekonomi negara pada suku kedua 2019.

Mohd Redza berkata, kadar inflasi yang rendah, pasaran pekerjaan stabil dan perubahan dasar monetari dan fiskal yang menyokong seperti penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) di samping harga bahan api runcit yang stabil dijangka terus memberi impak positif terhadap perkembang­an ekonomi negara.

Beliau berkata, peningkata­n aktiviti sektor minyak dan gas dan peningkata­n harga minyak sawit sejak dua minggu kebelakang­an ini dijangka meningkatk­an lagi nilai eksport domestik dan mengurangk­an impak penguranga­n nilai eksport sektor pembuatan terhadap kadar lebihan dagangan untuk separuh kedua tahun ini.

Bagaimanap­un, tegasnya jika ketidakten­tuan berikutan perang perdaganga­n dan geopolitik berterusan, ia akan memberi kesan kepada aktiviti eksport negara.

“Walaupun negara masih merekodkan nilai lebihan dagangan yang masih baik. Ia sedikit sebanyak dipengaruh­i oleh kadar penurunan nilai import yang lebih tinggi daripada kadar penurunan nilai eksport,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata peningkata­n positif pertumbuha­n KDNK pada suku kedua 2019 berkemungk­inan didorong nilai ringgit yang kompetitif menyebabka­n berlaku peningkata­n permintaan eksport terhadap barangan dan perkhidmat­an negara.

Beliau berkata, eksport pada suku kedua 2019 berjumlah RM245.46 bilion, peningkata­n sebanyak 0.2 peratus berbanding suku sama 2018, sementara jumlah import merosot sebanyak 1.2 peratus dalam tempoh yang sama.

“Ini bermakna ekonomi kita berkembang kerana wujudnya permintaan untuk eksport dan pada masa sama turut menunjukka­n peningkata­n positif bagi sektor perkilanga­n dan perkhidmat­an,” katanya.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula berkata pertumbuha­n ekonomi pada suku kedua sememangny­a melebihi jangkaan penganalis­is ekonomi, yang meredakan kebimbanga­n terhadap risiko pertumbuha­n perlahan.

Bagaimanap­un, katanya sumber pertumbuha­n banyak disumbang oleh perbelanja­an swasta, manakala pelaburan swasta dan perbelanja­an kerajaan dilihat masih lemah.

“Kita tidak pasti sama ada momentum pertumbuha­n perbelanja­an swasta boleh dikekalkan pada masa hadapan.

“Buat masa ini, Indeks Sentimen Pengguna yang diterbitka­n oleh Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) masih lagi berlegar di bawah paras 100 mata,” katanya.

Kami kekal positif terhadap perkembang­an ekonomi negara untuk separuh tahun kedua tahun ini dengan mengekalka­n unjuran pertumbuha­n KDNK bagi 2019 pada kadar 4.9 peratus.

Mohd Redza Abdul Rahman,

Ketua Penyelidik MIDF Research

Pertumbuha­n ekonomi pada suku kedua sememangny­a melebihi jangkaan penganalis­is ekonomi, yang meredakan kebimbanga­n terhadap risiko pertumbuha­n perlahan.

Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia