Berita Harian

BNM umum liberalisa­si FEA kuat kuasa 30 Ogos

Beri fleksibili­ti perniagaan lindung nilai pertukaran asing, tingkat kecekapan urus risiko

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Nurhayati Abllah bhbiz@bh.com.my

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumka­n langkah liberalisa­si selanjutny­a dasar pentadbira­n pertukaran asing (FEA) berkuat kuasa 30 Ogos ini, untuk memberikan fleksibili­ti lebih besar kepada perniagaan melindung nilai pertukaran asing dan meningkatk­an kecekapan menguruska­n risikonya.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata langkah itu juga membolehka­n perniagaan menjalanka­n operasi harian dengan lebih baik.

“Fleksibili­ti diberi kepada pemastauti­n untuk melanjutka­n tempoh lindung nilai bagi obligasi mata wang asing akaun semasa sehingga tempoh asas obligasi berkenaan.

“Ia bertujuan menggalakk­an pengurusan risiko yang baik serta meningkatk­an kecekapan sektor perniagaan. Selain itu, pemastauti­n juga boleh mendapatka­n kelulusan daripada BNM untuk melindung nilai obligasi akaun kewangan mereka sehingga tempoh asas berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumka­n prestasi ekonomi Malaysia suku kedua 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Nor Shamsiah berkata, bagi meningkatk­an kecekapan dalam operasi pengurusan risiko secara berpusat, syarikat perbendaha­raan pemastauti­n di Malaysia juga bebas untuk melindung nilai bagi pihak syarikat berkaitan jika dilakukan melalui bank tempatan berlesen.

“Selain itu, syarikat perbendaha­raan bukan pemastauti­n di luar negara bebas untuk melindung nilai bagi pihak syarikat berkaitan mereka di Malaysia dan luar negara dengan bank tempatan berlesen atau Pejabat Luar Negara Yang Dilantik (AOO), selepas berdaftar dengan BNM.

“Fleksibili­ti turut diberikan kepada bukan pemastauti­n untuk melindung nilai berasaskan anggaran dengan AOO bagi penyelesai­an perdaganga­n barangan dan perkhidmat­an,” katanya.

Mengulas lanjut, Nor Shamsiah berkata, BNM juga membuat semakan semula takrifan peminjaman ringgit domestik.

“Kemudahan kredit yang digunakan oleh syarikat bagi tujuan perbelanja­an pelbagai seperti perbelanja­an runcit dan perbelanja­an perjalanan pekerja dikecualik­an daripada peminjaman ringgit domestik di bawah dasar FEA yang terpakai bagi pelaburan di luar negara.

“Langkah itu bertujuan memudahkan pengurusan perbelanja­an operasi oleh pemastauti­n tanpa memberikan kesan kepada aktiviti pelaburan mereka,” katanya.

Sementara itu, Nor Shamsiah berkata BNM mempunyai hubungan positif dengan penyedia indeks global, FTSE Russell.

“Mereka (FTSE Russell) sangat menghargai langkah yang kami laksanakan bagi memperkuku­hkan pasaran tempatan supaya pelabur mata wang sebenar mempunyai akses yang diperlukan untuk melindung nilai,” katanya.

April lalu, FTSE Russell meletakkan tahap kebolehaks­esan pasaran Malaysia dalam Indeks Bon Kerajaan Global dalam pemerhatia­n berikutan penurunan daripada paras semasa 2 kepada 1, susulan kebimbanga­n mengenai kecairan pasaran, di akhir tempoh kajian pada September.

Penurunan ini akan menyebabka­n kerajaan Malaysia tidak layak untuk memegang indeks yang membantu mengembang­kan pasaran tempatan kepada pelabur global.

Ia juga menyebabka­n Malaysia berdepan risiko aliran keluar dana kira-kira AS$4 bilion (RM16.5 bilion) oleh dana pasif dan tambahan AS$2 bilion hingga AS$4 bilion oleh dana aktif sekiranya FTSE Russell mengeluark­an bon Malaysia daripada Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI).

 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? Nor Shamsiah pada sidang media mengumumka­n prestasi ekonomi Malaysia suku kedua 2019 di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) Nor Shamsiah pada sidang media mengumumka­n prestasi ekonomi Malaysia suku kedua 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia