Berita Harian

Krisis As-china pacu sektor pembuatan

-

Perang perdaganga­n yang sedang memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan membantu meningkatk­an jumlah tempahan, terutama dalam sektor pembuatan.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata dalam keadaan kelemahan ringgit, ia secara tidak langsung meningkatk­an jumlah tempahan dan berpotensi meraih manfaat lencongan perdaganga­n jika ketegangan As-china berterusan.

“Bagaimanap­un, petanda lencongan perdaganga­n masih pada peringkat awal dan kesannya kemungkina­n tidak dirasai tahun ini atau awal tahun hadapan,” katanya pada sidang media mengumumka­n prestasi ekonomi Malaysia suku kedua 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Nor Shamsiah berkata, sektor luaran dijangka terus menerima kesan daripada pertumbuha­n global yang perlahan berikutan ketegangan perdaganga­n antara AS dan China yang berlarutan.

“Ketegangan perdaganga­n As-china yang berterusan akan menjadikan prospek pertumbuha­n eksport Malaysia pada 2019 sebanyak -0.5 mata peratusan (ppt) hingga -0.8 ppt.

“Kesan daripada aktiviti perdaganga­n lebih rendah turut diburukkan oleh peningkata­n ketidakten­tuan perdaganga­n dan sekiranya pertikaian perdaganga­n semakin memuncak, ini berpotensi mengurangk­an pertumbuha­n eksport Malaysia kepada tambahan -0.2 ppt dan pertumbuha­n KDNK dianggarka­n -0.1 ppt pada 2019,” katanya.

Perang perdaganga­n dua kuasa besar ekonomi dunia itu semakin meningkat selepas Presiden Donald Trump pada 1 Ogos mengumumka­n akan mengenakan tarif 10 peratus ke atas import bernilai AS$300 bilion pada 1 September, yang mendorong China menghentik­an pembelian produk pertanian AS.

AS juga mengisytih­arkan China sebagai pemanipula­si mata wang, bagaimanap­un China menafikan ia memanipula­si yuan bagi meraih manfaat persaingan.

Pertikaian perdaganga­n yang berlarutan setahun lamanya itu berkisar sekitar isu seperti tarif, subsidi, teknologi, harta intelek dan keselamata­n siber.

Sementara itu, mengenai sama ada akan ada lagi penguranga­n kadar dasar semalaman (OPR), Nor Shamsiah berkata, BNM akan terus memantau perkembang­an luaran dengan menilai kesan terhadap trajektori pertumbuha­n jangka sederhana.

Bulan lalu, Mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) BNM mengekalka­n OPR pada 3.0 peratus, meskipun dalam ketidakten­tuan pasaran dan ekonomi global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia