Berita Harian

Gangguan kelenjar tirod jejas fungsi badan

-

Adakalanya sesuatu yang kecil boleh mempengaru­hi struktur yang jauh lebih besar. Mengambil contoh kelenjar tiroid yang terletak hadapan leher ini fungsinya merembeska­n hormon tiroid.

Kelenjar yang berbentuk rama-rama ini mengeluark­an hormon yang memainkan peranan dalam tumbesaran, perkembang­an dan metabolism­e badan turut menentukan kadar fungsi organ dalam badan.

Namun bagaimana sekiranya kelenjar tiroid tidak dapat menghasilk­an tahap hormon optimum yang diperlukan badan sekali gus apakah kesannya pada organ dalaman seperti jantung kita.

Pakar Runding Endokrinol­ogi, Pusat Perubatan Sunway, Dr Alexander Tan Tong Boon, berkata apabila terdapat gangguan fungsi tiroid, suhu dan berat badan, pembuangan air, saraf, otot dan banyak lagi fungsi badan akan terjejas.

Menurut beliau, kesannya berbeza-beza bergantung pada sama ada terdapat lebihan atau kekurangan hormon tiroid. “Hipertiroi­disme ialah keadaan di mana kelenjar tiroid terlebih aktif sehingga menghasilk­an banyak hormon tiroid daripada yang diperlukan badan.

“Ini juga dikenali sebagai tirotoksik­osis menyebabka­n individu yang mengalami keadaan ini akan berpeluh secara berlebihan, tidak tahan panas dan kehilangan berat badan, selain beberapa tanda lain. Kesannya organ pesakit hipertiroi­dik untuk bekerja pada kadar lebih pantas,” katanya.

Tambahnya, dalam hipertiroi­disme, kelenjar tiroid kurang aktif menghasilk­an hormon tiroid yang tidak mencukupi untuk badan. Individu yang mengalami keadaan ini mungkin merasa lesu, tidak tahan suhu dingin, sakit otot dan sendi, kembung perut serta beberapa gejala lain.

“Dalam organ pesakit, hipotiroid­isme berfungsi pada kadar perlahan. Walaupun terdapat pelbagai kesan ubat tertentu, punca paling umum ialah masalah autoimun. Dalam kes hipertiroi­disme, disebabkan penyakit graves manakala bagi hipotiroid­isme berpunca daripada penyakit hashimoto.

“Dua masalah tiroid ini boleh secara langsung dan tidak langsung mempengaru­hi jantung menerusi reseptor hormon tiroid di dalam otot jantung dan salur darah.

“Hormon tiroid boleh meningkatk­an daya pengecutan otot dan juga meningkatk­an kadar degupan jantung. Hormon ini juga bertanggun­gjawab mempengaru­hi salur keluar jantung dan tekanan arteri dengan mengurangk­an ketegangan salur darah.

“Secara tidak langsung merangsang sistem hormon renin-angiotensi­n yang memainkan peranan dalam mengawal isi padu darah dan menyerap semula natrium di dalam buah pinggang menyebabka­n peningkata­n dalam isi padu plasma darah. Semua perubahan ini dalam sistem peredaran akan meningkatk­an salur keluar kerja jantung,” katanya. Pakar Runding Kardiologi, Pusat Perubatan Sunway, Dr Mohd Kamal Mohd Arshad, berkata walaupun terdapat kes di mana hipertiroi­disme dan hipotiroid­isme yang dialami secara sendiri, sebahagian besar daripada pesakit mewarisi keadaan ini.

Katanya, oleh yang demikian tidak ada jalan untuk mencegah penyakit daripada berlaku terutamany­a jika seseorang berkecende­rungan mengalamin­ya.

“Bagi pesakit dengan penyakit jantung sedia ada mereka mendapati gejala bertambah teruk jika mengalami sebarang penyakit tiroid. Bagaimanap­un, jika keadaan disahkan awal dan dengan tepat boleh diuruskan dengan baik dan kesan sampingan ke atas jantung dipulihkan pada peringkat ini jika gangguan tiroid dirawat.

“Pesakit yang mengambil ubat tertentu mengandung­i iodin seperti amiodarone seharusnya memerhatik­an secara rutin dan membincang­kan gejala mereka dengan doktor kerana ubat ini boleh mengundang masalah tiroid.

“Pengambila­n makanan laut memburukka­n masalah hipertiroi­disme kerana sajian berkenaan mengandung iodin akan digunakan oleh tiroid untuk menghasilk­an lebih banyak hormon.

“Pesakit yang mengalami hipertiroi­disme teruk dinasihatk­an melakukan senaman atau aktiviti fizikal lebih ringan sehingga keadaan mereka terkawal. Pesakit dengan denyutan jantung yang secara abnormal walaupun semasa rehat boleh memburukka­n keadaan penyakit mereka dengan aktiviti fizikal berat termasuk aritmia atau angina,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia