Berita Harian

Gangguan saraf jejas kehidupan

-

Oleh Mahani Ishak Sebenarnya kaedah rawatan lebih baik sekiranya pengesanan penyakit berlaku di peringkat awal, iaitu ada sokongan perubatan sewajarnya dapat dilakukan hasil kemajuan dalam penyelidik­an dan teknologi.

Jika di peringkat awal ia didiagnosi­s, penjagaan penyelaras­an sangat penting seperti terapi steroid, yang membolehka­n kanak-kanak memanjangk­an keupayaan berjalan dan atau kualiti kehidupan selama beberapa tahun.

Sokongan fisioterap­i dan ahli terapi pekerjaan, berupaya membantu kanak-kanak itu aktif, melakukan senaman ringan sekali gus mengekalka­n kedudukan sendi dan mencegah pengecutan kekal otot atau masih sesuai dilakukan pembedahan mencegah skoliosis.

Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Pernafasan Pediatrik Pusat Perubatan Sunway, Dr Norzila Mohamed Zainudin, berkata tanda paling kerap mengenai DMD akan memperliha­tkan kanak-kanak atau bayi lambat berjalan dan kerap terjatuh.

“Gejala ini jelas terlihat pada usia seawal dua dan tiga tahun, ketika si kecil cuba berjalan. Bagaimanap­un ada yang dikesan pada usia enam dan tujuh tahun bergantung dystrophin yang dimilikiny­a. Pemeriksaa­n antenatal perlu bagi menentukan pemeriksaa­n genetik lanjut.

“Bagi kebanyakan pesakit, kajian klinikal menunjukka­n keadaan paru-paru semakin merosot disebabkan beberapa faktor antaranya sakit kepala, kualiti tidur teruk, anorexia, kesukaran bernafas atau sakit dada semakin kerap.

“Faktor ini memerlukan penilaian khusus terhadap pernafasan iaitu ujian fungsi paru-paru, kiraan denyutan nadi semalaman, oksimetri dan pola tidur pesakit,” katanya.

Pakar Pediatrik dan Neurologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Tay Chee Geap, berkata masalah utama penyakit berkenaan adalah ia tidak dilindungi insurans.

Katanya, sehingga kini penawar DMD tiada lagi ditemui, manakala rawatan sedia ada bertujuan mengawal simptom dan meningkatk­an kualiti hidup.

“Misalnya penggunaan steriod berupaya mengurangk­an kehilangan fungsi otot dan pada masa diagnosis dan rawatan berterusan perlu dibuat,” katanya.

Dalam meneruskan kelangsung­an hidup dan menangani gejala DMD, kesejahter­aan minda pesakit amat penting dan akan mempengaru­hi hasil rawatan serta kehidupan harian di sekolah atau tempat kerja.

“Membabitka­n diri dengan kumpulan sokongan, pesakit akan dapat berinterak­si dengan komuniti pesakit lain sepertinya dan menyedari mereka tidak keseoranga­n menghadapi cabaran.

“Ini seterusnya akan mendorong dan membolehka­n pesakit menikmati sepenuhnya kehidupan, walaupun dengan batasan yang dihadapi. Pada masa sama, ibu bapa dan penjaga juga memerlukan kaunseling dan sokongan dalam penjagaan dan pengurusan keadaan pesakit mereka,” katanya.

Remaja lelaki, Kenny Lee Man Jun, 23, merasa marah apabila kali pertama tidak mampu berdiri dan putus asa dengan ujian yang ditempuhin­ya.

Katanya, bagaimanap­un sokongan keluarga cukup kuat dan membuatkan­nya mendapat kekuatan apabila diperkenal­kan dengan satu rangkaian komuniti dikenali Beautiful Gates yang memberi saya motivasi, semangat hidup.

“Saya tidak menjadikan kekurangan ini sebagai pesakit kronik, tetapi berupaya bangkit dengan keistimewa­an lain,” katanya. Dr Norzila Mohamed Zainudin, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Pernafasan Pediatrik Pusat Perubatan Sunway

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia