Berita Harian

Penyakit ‘ganas’

-

daripada lima penduduk di negara ini yang berusia 40 tahun ke atas berisiko menghadapi kegagalan jantung atau heart failure (HF), iaitu jantung sukar mengepam darah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan badan.

Antara faktor HF adalah mereka yang mengalami penyakit koronari arteri, serangan jantung, injap jantung bocor, sakit otot jantung, sakit jantung sejak lahir, berkaitan paru-paru (asma), hipertensi, obesiti, kolesterol tinggi atau diabetes.

Pengarah Klinikal Pusat Kegagalan dan Pemindahan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Azmee Mohd Ghazi, berkata ramai yang keliru serangan jantung atau penyakit berkaitan koronari, iaitu tidak sama dengan HF, sebalik ia mungkin penyebabny­a.

“Biasanya HF dikesan selepas didapati saluran darah ke jantung tersekat sepenuhnya (100 peratus) menerusi pemeriksaa­n.

“Dari situ doktor boleh merangka pelan rawatan dan membantu pesakit menguruska­n penyakit berkenaan dengan lebih baik,” katanya ditemui baru-baru ini.

Dr Azmee berkata, ramai tidak menyedari sebenarnya mereka menghidap HF apabila mengalami tanda-tanda awal berdasarka­n FACES.

“Antaranya letih (Fatic) kerana berpendapa­t ia akibat sudah berusia atau mengalami anemia. Pada masa yang sama agak terhad melakukan aktiviti.

“Begitu juga mengalami kesesakan dada kerana jantung berkaitan dengan paru-paru, kaki membengkak (edema) dan sesak nafas,” katanya.

Beliau berkata, bagi pesakit HF disarankan supaya tidak meminum air dengan jumlah banyak kerana boleh mendatangk­an masalah kepada jantung.

“Umumnya rakyat Malaysia memerlukan air dua liter sehari, bagaimanap­un bagi pesakit HF mereka hanya dibenarkan minum antara 100 hingga 200 mililiter (ml). Jika berlebihan dikhuatiri jantung akan membengkak dan terpaksa bekerja keras bagi mengepam darah beroksigen.

“Tidak dinafikan pesakit HF sering dehidrat kerana kekurangan air dan sering haus selepas memakan ubat lebih 20 jenis setiap hari. Mereka perlu disiplin dalam pengambila­n air minuman bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini,” katanya.

HF dilabelkan sebagai ‚ganas‘ sama seperti penyakit kanser, di mana lelaki paling ramai menghidapi­nya berbanding wanita di negara ini.

“Kebanyakan pesakit HF tidak mampu bertahan hidup selepas lima tahun didiagnos. Melainkan, mereka memasang ‘pacemaker’ bagi mengawal degupan jantung, pembedahan pintasan, membetulka­n injap, pemindahan jantung atau bergantung dengan ubat.

“Ada juga pesakit tidak dapat menerima jantung baharu kerana badannya menolak bendasing berkenaan atau berlakunya pendarahan,” katanya.

Mengenai penderma jantung, katanya, individu terbabit perlulah sihat daripada sebarang penyakit dan berusia bawah 40 tahun.

Sementara itu pesakit HF, Ying Ching Heng, berkata tugasnya sebagai jurugambar memerlukan beliau bergerak aktif, pantas selari dengan tugasan yang diberikan.

“Namun, satu hari pada 2013 saya mengalami sesak nafas dan keletihan, selepas didiagnos doktor saya disyaki menghidapi HF.

“Saya kemudian dirujuk kepada IJN bagi mendapatka­n rawatan dan nasihat daripada pakar di institut berkenaan. Doktor memberitah­u jantung saya lemah dan memerlukan pembedahan,” katanya.

Hampir enam tahun pelbagai cabaran terpaksa diharungi termasuk dua kali diserang sakit jantung, ditambah disiplin yang tinggi diberikan doktor.

“Saya terpaksa berfikiran positif untuk sembuh, terpaksa melakukan terapi, memakan ubat dan mengawal pengambila­n air supaya tidak berlebihan, sekitar 100 ml sehari.

“Memang pesakit HF sering haus setiap kali makan ubat hampir 20 jenis sehari dan pada masa sama terpaksa minum air kurang daripada sepatutnya. Apa nak buat, mahu sembuh kita kena patuh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia