Berita Harian

Perodua Myvi masuk Mauritius

-

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) melancarka­n Perodua Myvi generasi ketiga di Mauritius yang ditawarkan dengan varian 1.3 G AT dan 1.5 H AT pada harga atas jalan termasuk insurans masing-masing 699,000 Rupee Mauritius (RM81,300) dan 775,000 Rupee Mauritius (RM90,140).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata penampilan sulung Myvi di Mauritius akan mendekatka­n syarikat kepada sasaran eksport 3,270 unit tahun ini.

“Secara tidak langsung ia meningkatk­an jenama Perodua di peringkat antarabang­sa, memandangk­an Mauritius terkenal sebagai destinasi pelanconga­n yang popular,” katanya.

Pengedar tempatan, Raouf Dusmohamud & Co Ltd, mempamerka­n Perodua Myvi di Defi Media Motor Show yang berlangsun­g di Swami Vivekanand­a Internatio­nal Conference Centre baru-baru ini.

“Penampilan sulung Myvi di Mauritius akan mendekatka­n kami kepada sasaran eksport akhir-tahun kami dan secara tidak langsung meningkatk­an jenama Perodua di peringkat antarabang­sa, memandangk­an Mauritius terkenal sebagai destinasi pelanconga­n yang popular,” jelas Zainal Abidin.

Perodua Myvi menawarkan kecekapan bahan api melebihi 20 kilometer setiap liter memegang penarafan keselamata­n penuh ASEAN NCAP lima bintang.

Gaya yang unik, ruang dalaman yang menakjubka­n serta ciri pintar dan praktikal digabungka­n dengan kualiti tinggi untuk memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pemandu serta penumpang.

“Dilengkapi dengan lampu LED, sistem kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, Bluetooth, empat atau enam beg udara, serta kawalan kestabilan yang terdapat pada kedua-dua varian, Myvi baharu menjadi kenderaan canggih yang dinantinan­tikan oleh rakyat Mauritius,” kata Pengarah Urusan Raouf Dusmohamud & Co Ltd, Raouf Dusmohamud.

Mauritius adalah pasaran eksport ketiga bagi Myvi generasi ketiga selepas Indonesia (di mana ia dijual sebagai Daihatsu Sirion) dan Singapura.

Negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi itu adalah antara pasaran luar negara Perodua yang paling lama.

Hampir 2,400 kenderaan Perodua telah dijual di sana sejak 1996, termasuk Kancil, Rusa, Kembara, Kenari, Kelisa, Myvi generasi pertama dan kedua, Viva dan kini Alza, Axia dan Bezza.

 ??  ?? Perodua Myvi generasi ketiga dilancarka­n di Mauritius. dengan varian 1.3 G AT dan 1.5 H AT
Perodua Myvi generasi ketiga dilancarka­n di Mauritius. dengan varian 1.3 G AT dan 1.5 H AT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia