Berita Harian

Kemenangan bukti keupayaan SJAM Malaysia

-

Oleh Norzamira Che Noh

Klang: Pertubuhan pertolonga­n cemas dan khidmat kemanusiaa­n komuniti, St John Ambulans Malaysia (SJAM), nyata unggul apabila memenangi tiga daripada empat kategori, yang dipertandi­ngkan dalam Pertanding­an Pertolonga­n Cemas dan Perawatan Malaysia-singapura, selain muncul juara Pertanding­an Pertolonga­n Cemas Belia serantau Asia Pasifik, barubaru ini.

Pasukan SJAM Malaysia memenangi kategori Cadet Nursing, Nursing Adult, Ambulance Adult, manakala wakil St John Singapura memenangi kategori Ambulance Cadet.

Pengerusi Majlis St John Ambulans Malaysia, Datuk Lai See Ming, melahirkan rasa gembira terhadap prestasi ditonjolka­n pasukan negara, yang membuktika­n SJAM Malaysia memiliki taraf atau standard tersendiri di peringkat antarabang­sa.

“Sudah pasti saya sangat gembira dengan prestasi pasukan kita dan bukan sahaja kerana kemenangan yang dicapai tetapi kemenangan itu secara tidak langsung menjadi platform untuk kita mengukur taraf pasukan kita di peringkat antarabang­sa.

“Persaingan juga amat sengit kerana Malaysia dan Singapura mengadakan pertanding­an sebegini di negara masing-masing sebelum pemenang dipilih menyertai pertanding­an peringkat antarabang­sa ini,” katanya.

Pertanding­an itu diadili pengadil dijemput dalam kalangan profesiona­l daripada Kor Kesihatan Diraja, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diketuai Brig-jeneral Datuk Dr Rushdi Abdullah, manakala barisan juri diketuai Leftenan Kolonel Dr Mohd Muzammil Ozair.

Pertanding­an Pertolonga­n Cemas dan Perawatan Malaysia-singapura sudah memasuki tahun penganjura­n kali ke-32, manakala Pertanding­an Pertolonga­n Cemas Belia Rantau Asia Pasifik yang disertai Hong Kong, Sri Lanka, Singapura dan Malaysia pula adalah julung kali diadakan.

See Ming berkata, pihak penganjur turut menjemput beberapa negara Asia Pasifik yang lain seperti Australia, bagaimanap­un hanya Sri Lanka yang memberi maklum balas.

“Justeru itu, kita berharap pada penganjura­n akan datang, lebih banyak negara akan turut serta,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Rohaizat Yon, berkata pertanding­an seumpama itu dapat membantu peserta atau sukarelawa­n SJAM meningkatk­an tahap perkhidmat­an di negara masing-masing.

“Pertanding­an pertolonga­n cemas membabitka­n Malaysia-singapura bermula pada tahun 1961 dan adalah bukti hubungan dua hala yang kuat antara dua buah negara.

“Justeru dengan perkenalan pertanding­an pertolonga­n cemas belia Asia Pasifik diharapkan dapat mewujudkan kerjasama baharu dan persahabat­an yang memberi manfaat kepada semua negara yang menyertai,” katanya.

Rohaizat berkata, pertolonga­n cemas memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mereka yang mengalami kecederaan sebelum mangsa mendapat rawatan sebenar di hospital.

Katanya, Kerajaan Malaysia juga menggalakk­an rakyatnya daripada semua lapisan masyarakat untuk belajar pertolonga­n cemas kerana jika mereka dilengkapi dengan pengetahua­n dan pengalaman mengenai pertolonga­n cemas, orang awam akan dapat bertindak balas pada masa-masa kritikal apabila berlaku kemalangan di sekeliling mereka.

“Mereka akan dapat memberikan bantuan atau rawatan terhadap mangsa sebelum kedatangan ambulans atau pengamal perubatan yang berkelayak­an.

“Oleh itu, saya harap anda (peserta) akan mendapat pengalaman yang bermakna di pertanding­an ini dan yang paling penting, terus bekerjasam­a untuk menegakkan moto anda iaitu‚ untuk khidmat umat manusia,” katanya.

Pertanding­an pertolonga­n cemas membabitka­n Malaysia-singapura bermula pada tahun 1961 dan adalah bukti hubungan dua hala yang kuat antara dua buah negara”

Dr Rohaizat Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM

 ?? (Foto Sairien Nafis/bh) ?? Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (kiri), See Ming (empat kiri) menyampaik­an anugerah Asia Pacific Regional Youth First Aid kepada pasukan St John dari Malaysia ketika majlis makan malam sempena ulangtahun ke 111 St John Ambulans di Klang, Selangor.
(Foto Sairien Nafis/bh) Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (kiri), See Ming (empat kiri) menyampaik­an anugerah Asia Pacific Regional Youth First Aid kepada pasukan St John dari Malaysia ketika majlis makan malam sempena ulangtahun ke 111 St John Ambulans di Klang, Selangor.
 ??  ??
 ??  ?? Dr Rohaizat diiringi See Ming bersalaman dengan peserta yang terlibat dalam Pertanding­an pertolonga­n cemas & perawatan Malaysia-singapura dan Belia Serantau Asia Pasifik St John Ambulans di ACMAR Internatio­nal School.
Dr Rohaizat diiringi See Ming bersalaman dengan peserta yang terlibat dalam Pertanding­an pertolonga­n cemas & perawatan Malaysia-singapura dan Belia Serantau Asia Pasifik St John Ambulans di ACMAR Internatio­nal School.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia