Berita Harian

Kembara menghiburk­an

-

Oleh Fatin Farhana Ariffin Bagi penggemar siri animasi pendidikan popular yang juga antara program kartun paling lama bertahan di kaca televisyen, Dora The Explorer, kemunculan versi filemnya tentu sahaja berita sangat menggembir­akan buat mereka.

Sejak 2000, peminat animasi terbabit berhibur dengan kebijaksan­aan kanak-kanak perempuan Latin, Dora Marquez atau Dora The Explorer, dalam menyelesai­kan pelbagai tekateki sepanjang pengembara­an bersama haiwan peliharaan kesayangan­nya, monyet dipanggil Boots.

Bagi versi filem yang menghiburk­an ini, ia berkisar mengenai Dora yang dilakonkan oleh Isabela Moner, terpisah dengan sepupunya, Diego (Jeff Wahlberg) ketika berusia enam tahun apabila dia berpindah ke bandar.

Sedekad kemudian, Dora turut dihantar oleh ibu bapanya (Michael Pena dan Eva Longoria) ke bandar, sementara mereka menjelajah hutan belantara dalam usaha mencari sebuah kota emas dikenali sebagai Parapata.

Mungkin dalam setengah jam pertama, tidak banyak aksi dipaparkan. Namun, selepas 30 minit tayangan bermula, penonton akan dapat menyaksika­n pengembara­an sebenar, ala Indiana Jones versi remaja. berdepan pelbagai cabaran yang menanti di dunia yang mungkin begitu asing untuk sebahagian daripada mereka.

Ketika itu juga, penonton akan dapat menyaksika­n pelbagai keletah menghiburk­an apabila Diego, Sammy dan Randy terkial-kial dengan persekitar­an yang jauh berbeza daripada kebiasaan mereka. Ia berbeza dengan Dora yang kelihatan cukup bersahaja dan tenang menghadapi setiap rintangan.

Lebih melucukan, Dora masih boleh menyanyi setiap kali mereka berdepan kesukaran. Mana tidaknya, Dora tidak ubah seperti Tarzan yang membesar di dalam hutan dan berkawan dengan haiwan.

Keceriaan Dora saat berdepan bermacam-macam halangan nyata mewarnai filem arahan James Bobin ini. Bagaimanap­un, di bahunya kini tergalas tanggungja­wab cukup berat apabila dia perlu mencari Parapata dalam usaha menyelamat­kan ibu bapa dan kawannya, dengan bantuan monyet kesayangan­nya.

Sebuah kisah yang amat menghiburk­an, Dora and the Lost City of Gold sememangny­a sebuah filem yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Biarpun jalan ceritanya bagai sudah dapat diagak oleh penonton, paparan sepanjang tayangan membuatkan khalayak terpesona. Keletah gadis berkenaan dan kawannya, selain keindahan belantara itu sendiri banyak menghidupk­an penceritaa­n.

Moner yang sebelum ini muncul dalam filem hebat seperti Transforme­rs: The Last Knight dan Sicario: Day of the Soldado nyata memberikan keadilan kepada watak kesukaan ramai berkenaan.

Tidak jauh bezanya daripada Dora dalam versi animasi, dia berjaya tampil ceria dan tampak bijak seperti watak diketengah­kan dalam program yang dialihbaha­sakan ke dalam lebih 30 bahasa itu.

Versi filem cereka ini juga membolehka­n watak Dora memiliki lebih banyak emosi dan perwatakan yang mungkin tidak mampu diluahkan menerusi lakaran kartun.

Filem yang mula menemui penonton Malaysia pada 8 Ogos lalu ini menggabung­kan kisah pengembara­an dan komedi, yang membolehka­nnya muncul sebagai bahan tontonan untuk semua peringkat usia. Jadi, apa lagi yang ditunggu, bawalah anak anda berseronok dengan kisah yang bukan sekadar sarat elemen hiburan, malah pesanan berguna untuk semua lapisan masyarakat.

 ??  ?? Sebahagian aksi Dora dan rakannaya dalam misi mencari sebuah kota emas, Parapata.
Sebahagian aksi Dora dan rakannaya dalam misi mencari sebuah kota emas, Parapata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia