Berita Harian

Ecoworld Internatio­nal mahu jadi pemaju unggul London

Syarikat berkembang pesat secara organik, menerusi perkongsia­n

- Kamarulzai­di Kamis kamarulzai­di@bh.com.my

Eco World Internatio­nal Bhd (Ecoworld Internatio­nal) menyasar menjadi antara pemaju hartanah tempatan terunggul dan sebagai jenama isi rumah terkemuka dalam kalangan penduduk London.

Meskipun syarikat berkenaan boleh dikatakan masih baharu dengan pelancaran projek sulungnya pada 2015, namun ia berkembang pesat secara organik dan menerusi perkongsia­n.

Ia sekali gus menyaksika­n Ecoworld Internatio­nal kini membangunk­an 11 projek iaitu sembilan di London dan dua di Australia manakala tiga lagi bakal dibangunka­n di London, Sydney dan Melbourne. Dua lagi lokasi akan diperoleh di London.

Mengulas perkembang­an itu, Pengerusi Eksekutifn­ya, Tan Sri Liew Kee Sin, berkata dalam tempoh yang singkat, pihaknya turut menyasar untuk muncul sebagai antara pemaju terkemuka British dalam pelbagai segmen hartanah termasuk hartanah premium, sederhana dan konsep bina-untuk-disewa (BTR).

“Untuk maju, kami tidak boleh dikenali pemaju asing di London, sebaliknya menjadi pemaju tempatan (British), iaitu dengan mengambil hampir keseluruha­n pekerja tempatan.

“Kami berpuas hati dengan pencapaian semasa, namun terdapat banyak ruang untuk diperbaiki,” katanya kepada media dalam sesi lawatan ke beberapa projek syarikat berkenaan di sini.

Dalam sesi berkenaan, Kee Sin juga mengadakan majlis menyempurn­akan struktur pembinaan bagi projek pembanguna­n Wardian London.

Projek itu dilaksanak­an menerusi Ecoworld Ballymore, iaitu perkongsia­nnya dengan pemaju hartanah berpangkal­an di Ireland iaitu Ballymore Group.

Hadir sama ialah Pengerusi dan Ketua Eksekutif Ballymore Group, Sean Mulryan.

Berdepan dengan Canary Wharf, menara kediaman 57 tingkat Wardian London sedia untuk siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

Ia adalah reka bentuk pembanguna­n kediaman pertama di dunia yang menempatka­n ‘sky garden’ dengan tanaman eksotik iaitu di tingkat 53 serta akses kepada persekitar­an hijau dan tenang di satu daripada kawasan kejiranan paling sibuk di London.

Direka dengan kerjasama Glenn Howells Architects, Wardian London terdiri daripada dua menara kediaman 55 dan 50 tingkat yang mengandung­i 766 kediaman termasuk suite, satu dan dua bilik tidur pangsapuri dan penthouse.

“Ia menjadi satu daripada pembanguna­n kediaman yang paling dinanti-nantikan di London, dan saya teruja menyempurn­akan struktur pembinaann­ya, peristiwa penting bagi Ecoworld Ballymore,” kata Kee Sin.

Sementara itu, Mulryan berkata, Ballymore memiliki tapak pembanguna­n berkenaan sejak 25 tahun lalu dan adalah sesuatu membanggak­an menyaksika­n menara kediaman itu berdiri teguh di bandaraya berkenaan.

“Ini adalah mercu tanda utama pembanguna­n, kami tidak sabar menunggu ia siap dan kemasukan pemilik kediaman seawal tahun hadapan. Kami berkerja rapat dengan Glenn Howells Architects bagi membina bangunan yang indah dan hebat ini,” katanya.

Ecoworld Internatio­nal adalah syarikat sekutu Eco World Developmen­t Group Bhd.

Pemegang saham utama dalam Ecoworld Internatio­nal, selain daripada pegangan peribadi pengasasny­a, Kee Sin dan syarikat berkaitann­ya yang berjumlah kira-kira 37.27 peratus, adalah beberapa pelabur institusi dana awam negara.

Antaranya ialah Permodalan Nasional Bhd (PNB) dengan pegangan kira-kira 6.0 peratus; Kumpulan Wang Persaraan Diperbadan­kan (KWAP) dengan 3.20 peratus dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan 1.97 peratus.

 ??  ?? Kee Sin dan Mulryan (kiri) pada majlis penyempurn­aan struktur bangunan Wardian London.
Kee Sin dan Mulryan (kiri) pada majlis penyempurn­aan struktur bangunan Wardian London.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia