Berita Harian

Airasia susun semula barisan kepemimpin­an sokong transforma­si

-

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Airasia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes dilantik sebagai CEO airasia.com, platform perjalanan dan gaya hidup e-dagang syarikat penerbanga­n itu.

Dalam satu kenyataan, Airasia berkata langkah itu adalah penyusunan semula kepemimpin­an bagi menyokong transforma­sinya menjadi syarikat platform perjalanan dan kewangan, selain membina airasia.com menjadi jenama gaya hidup.

“Tony akan turut berkhidmat sebagai CEO airasia.com dengan perhatian terarah untuk melantik CEO baharu, yang akan melapor kepadanya,” katanya.

Menyertai Tony adalah Ketua Pegawai Komersial (CCO) Kumpulan, Karen Chan, yang akan mengetuai semua fungsi komersial airasia.com dan Spencer Lee, yang berperanan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) airasia.com bagi menguruska­n portfolio perniagaan dalam talian termasuk OURSHOP, Airasia Wifi (ROKKI), kerjasama hotel dan lain-lain.

“Seorang Ketua Pegawai Produk airasia.com akan turut dilantik bagi mengetuai pasukan produk, manakala Ketua Perisian Kejurutera­an dan Teknologi (AASET) Airasia, Elias Vafiadis akan terus menerajui kejurutera­an perisian, semuanya melapor kepada Tony secara interim,” katanya.

Sementara itu, Airasia berkata Timbalan CEO (Penerbanga­n), Bo Lingam dilantik sebagai Presiden (Penerbanga­n) Kumpulan dan akan mengetuai Airasia SEA (sebelum ini dikenali sebagai Airasia Global Shared Services).

“Beliau akan terus mengendali­kan perniagaan teras syarikat penerbanga­n di samping memacu peningkata­n khidmat pelanggan dan kecekapan kos menerusi pendigital­an, selain inisiatif One Airasia,” katanya.

Ia menambah, Aireen Omar dilantik sebagai Presiden Kumpulan (Redbeat Ventures) dan akan memimpin unit modal teroka korporat. BERNAMA

Tony akan turut berkhidmat sebagai CEO airasia. com dengan perhatian terarah untuk melantik CEO baharu, yang akan melapor kepadanya. Kenyataan Airasia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia