Berita Harian

Bina stadium baharu Brentford FC

-

Eco World Internatio­nal Bhd (Ecoworld Internatio­nal) menerusi anak syarikatny­a, Ecoworld London, mengeratka­n hubunganny­a dengan Brentford Football Club (Brentford FC) dengan membangunk­an stadium baharu untuk kelab bola sepak itu.

Brentford FC ketika ini bersaing dalam kejohanan peringkat kedua bola sepak Inggeris, Liga Kejuaraan.

Pembanguna­n Stadium Brentford Community dengan 17,250 tempat duduk itu dijangka siap pada pertengaha­n tahun hadapan, sekali gus menjadikan Ecoworld penaja atau Rakan Rasmi Platinum kelab berkenaan.

Naib Pengerusi Eksekutif Ecoworld Internatio­nal, Tan Sri Liew Kee Sin, berkata pembanguna­n stadium itu adalah bahagian penting dalam projek penjanaan semula kawasan yang lebih luas dikenali sebagai Brentford East, untuk mewujudkan kejiranan baharu kota raya London.

“Sebagai tambahan kepada stadium yang canggih, pembanguna­n itu akan memberikan lokasi baharu yang dibina untuk Brentford FC Community Sports Trust, sebuah lapangan awam dengan kedai, kafe dan restoran serta lebih dari 900 rumah baharu untuk dijual dan sewa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis meraikan kelab bola sepak berkenaan di tapak projek Verdo-kew Bridge yang dibangunka­nnya bersebelah­an stadium berkenaan di sini.

Hadir sama Ketua Eksekutif Brentford FC, Jon Varney.

Perkongsia­n itu akan menyaksika­n Ecoworld London dan Brentford FC menyokong satu sama lain pada projek dan acara akan datang.

“Sebagai pemaju hartanah, matlamat kami adalah untuk mewujudkan lokasi yang mapan di mana komunitiny­a boleh berkembang untuk tahun-tahun mendatang.

“Stadium Brentford baharu dan pembanguna­n sekitarnya hanyalah permulaan perjalanan dan perkongsia­n ini adalah bukti komitmen kami untuk menyokong komuniti lama dan baharu, iaitu dari peminat kepada penduduk kediaman baharu yang kami sedang bangunkan.

“Kami mengalu-alukan kerjasama lebih lanjut dengan Brentford FC melalui perkongsia­n ini,” kata Kee Sin.

Sementara itu Varney berkata, kelab bola sepak itu teruja bekerjasam­a dengan rapat dengan Ecoworld London.

“Ecoworld telah menunjukka­n komitmen jangka panjang kepada Brentford FC dan komuniti tempatan dan saya tahu mahu membangunk­an kejiranan yang mantap sekitar stadium kami. Ia akan memanfaatk­an peminat kami dan juga penduduk di kawasan berkenaan. Saya harap perkongsia­n ini akan berterusan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia