Berita Harian

MR.D.I.Y. sediakan 1,000 ‘Raja Buah’ percuma

-

Peruncit perkakas rumah terbesar Malaysia, MR.D.I.Y. Group (M) Sdn Bhd (MR.D.I.Y.) menawarkan 1,000 durian percuma kepada pelanggan, sempena pembukaan rasmi cawangan ke532 di Pandan Jaya, Cheras.

Pelanggan hanya perlu mengunjung­i cawangan MR.D.I.Y. Pandan Jaya dan membuat pembelian mana-mana produk berjumlah RM30 atau lebih dalam satu resit hari ini dan esok.

Sempena pembukaan rasmi cawangan ini, MR.D.I.Y. bukan hanya meraikan pelanggan setia, tetapi juga mengukuhka­n ekonomi pembekal durian tempatan.

Hari ‘Raja Buah’ itu juga adalah sebahagian daripada inisiatif MR.D.I.Y. untuk mempromosi­kan kempen Promosi Poket Selamat 5 di seluruh negara, yang menawarkan produk jualan terbaik MR.D.I.Y. pada diskaun 30 peratus sehingga 31 Ogos ini.

Naib Presiden Pemasarann­ya, Andy Chin berkata, ia kali pertama MR.D.I.Y. menganjurk­an acara menarik seperti ini untuk pembukaan cawangan baharu.

“Kami mengambil kesempatan daripada musim durian ini untuk meraikan pembukaan gedung yang ke-532 bersama pelanggan dengan memberikan 1,000 durian percuma dalam masa dua hari.

“Kami bertekad untuk memberikan perkhidmat­an terbaik kepada mereka dengan menawarkan produk berkualiti pada harga terendah,” katanya dalam satu kenyataan.

Chin berkata, MR.D.I.Y. juga memberikan sokongan kepada pembekal durian tempatan, sebagaiman­a ia turut memberi sokongan kepada jenama-jenama tempatan yang boleh didapati di cawanganny­a di seluruh negara dan kedai dalam talian, www. mrdiy.com.my untuk kempen ‘Proudly Made in Malaysia’ pada September ini.

 ?? (Foto Roslin Mat Tahir / BH) ?? Bee Yin (dua dari kiri) bersama Wee Chai (dua kanan), Pengerusi MR.D.I.Y. Datuk Azlam Shah Alias dan Pengarah WWF Malaysia, Helena Yow pada majlis perasmian produk sarung tangan biohijau di Setia Alam, semalam .
(Foto Roslin Mat Tahir / BH) Bee Yin (dua dari kiri) bersama Wee Chai (dua kanan), Pengerusi MR.D.I.Y. Datuk Azlam Shah Alias dan Pengarah WWF Malaysia, Helena Yow pada majlis perasmian produk sarung tangan biohijau di Setia Alam, semalam .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia