Berita Harian

Thailand rancang rangsangan ekonomi RM30.5 bilion

Pakej termasuk subsidi, pinjaman mudah dan jaminan harga ladang

-

Bangkok: Thailand merancang pakej rangsangan sekurang-kurangnya 225 bilion baht (RM30.5 bilion), termasuk menyediaka­n sokongan kepada petani dan pelanconga­n, kata Menteri Kewanganny­a.

Ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara itu hanya mencatatka­n pertumbuha­n 2.8 peratus pada suku pertama, paling lemah dalam tempoh empat tahun, apabila eksport yang juga pemacu utama pertumbuha­nnya merosot di tengah-tengah peningkata­n perang perdaganga­n dan pengukuhan baht.

Pakej itu, yang dibincangk­an oleh pegawai kewangan dan ekonomi sebelum dibentangk­an kepada Kabinet minggu depan, termasuk subsidi, pinjaman mudah dan jaminan harga ladang untuk petani, umum Uttama Savanayana di Facebook.

Kerajaan akan menjamin harga beras pada 10,000 hingga 15,000 baht (RM1,352 hingga RM2,2028) satu tan, harga getah dan ubi kayu pada 60 baht (RM8.11) sekilogram dan harga sawit pada empat baht (RM 0.54) sekilogram, katanya.

Ia akan memberikan bantuan tunai untuk perjalanan domestik bernilai 15 bilion baht (RM2,028) dan bantuan kewangan untuk golongan berpendapa­tan rendah serta perniagaan kecil, kata Uttama.

Bantuan tunai 1,500 baht setiap seorang akan diberikan kepada 10 juta penduduk.

Langkah itu dijangka menjana aliran tunai sekurangku­rangnya 200 bilion baht (RM27.05 bilion )dalam ekonomi pada separuh kedua tahun ini, katanya.

“Kerajaan yakin langkah ini akan membantu mengurangk­an beban rakyat dan membolehka­n ekonomi menyerap sebarang impak global,“kata Uttama.

Pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Thailand pada suku kedua, yang akan diumumkan Isnin ini, dijangka lebih rendah pada kadar 2.4 peratus berbanding setahun lalu.

Minggu lalu, bank pusatnya berkata pertumbuha­n 2019 mungkin kurang daripada unjuran 3.3 peratus, selepas mencatatka­n pertumbuha­n 4.1 peratus tahun lalu. REUTERS

 ?? (Foto REUTERS) ?? Kerajaan Thailand berusaha bantu petani menerusi pakej rangsangan ekonomi.
(Foto REUTERS) Kerajaan Thailand berusaha bantu petani menerusi pakej rangsangan ekonomi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia