Berita Harian

Goldman turunkan unjuran pertumbuha­n ‘Harimau Asia’

-

Hong Kong: Goldman Sachs Group Inc menurunkan unjuran pertumbuha­n negara ‘Harimau Asia’, berikutan pendedahan­nya kepada ekonomi global kini terjejas di tengah-tengah ketegangan perang perdaganga­n.

“Selain pembaharua­n domestik, semua negara itu sebelum ini mendapat manfaat besar daripada konteks meluas globalisas­i dan pembanguna­n pesat ekonomi rantau Asia Pasifik,” kata ahli ekonomi Goldman diketuai oleh Andrew Tilton, dalam satu laporan.

“Namun, ciri-ciri sama yang membantu mereka mendapat manfaat itu kini menyebabka­nnya terdedah kepada kelembapan pertumbuha­n global.” katanya.

Penganalis­is menggelar Hong Kong, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan sebagai ‘Harimau Asia’ berikutan pertumbuha­n pesat negara terbabit yang dipacu oleh perdaganga­n pada 1980-an dan 1990-an.

Walaupun sesetengah ekonomi berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdaganga­n apabila pembekal berpindah keluar dari China, ‘durian runtuh’ itu berkemungk­inan mengalir ke negara-negara Asia Tenggara yang mempunyai hubungan darat ke China, seperti Vietnam, berbanding ‘Harimau Asia’, menurut Goldman.

Goldman menjangkak­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Hong Kong menguncup pada suku ketiga berbanding setahun lalu, berbanding unjuran pertumbuha­n 2.1 peratus sebelumnya.

Bagi Singapura, Goldman menurunkan unjuran pertumbuha­n KDNK 2019 kepada 0.4 peratus berbanding 1.1 peratus sebelumnya.

Goldman melihat ekonomi Korea Selatan berkembang 1.9 peratus tahun ini, lebih rendah berbanding unjuran 2.2 peratus sebelumnya.

Unjuran ekonomi Taiwan tahun ini pula diturunkan kepada 2.3 peratus berbanding 2.4 peratus sebelumnya. BLOOMBERG

Hong Kong, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan sebagai ‘Harimau Asia’ berikutan pertumbuha­n terbabit yang dipacu oleh perdaganga­n pada 1980-an dan 1990-an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia