Berita Harian

Hartawan terkaya Asia asuh anak ambil alih perniagaan

-

Mumbai: Antara majlis paling meriah tahun lalu, di sini, adalah dua perkahwina­n dalam keluarga Mukesh Ambani, hartawan India yang dinamakan orang paling kaya Asia pada 2018.

Disember lalu, anak perempuann­ya berusia 27 tahun, Isha mengadakan majlis perkahwina­n gaya Bollywood yang dihadiri tokoh perniagaan global dan ahli kewangan.

Beyonce menyanyi pada majlis itu, Hillary Clinton turut didatangka­n manakala Henry Kravis membuat kemunculan.

Mac lalu, kembarnya, Akash berkahwin dalam satu majlis yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai.

Majlis serba mewah itu meletakkan kedua-dua anak sulung Ambani itu dalam perhatian umum ketika mereka memainkan peranan yang semakin penting dalam perniagaan peruncitan dan telekomuni­kasi Reliance Industries Ltd.

Ambani, 62, bercita-cita tinggi dalam bidang baharu seperti e-dagang dan meletakkan anakanakny­a untuk membantu mempercepa­tkan pemodenan empayarnya.

Kemunculan kedua-dua kembar itu memberi petunjuk awal usaha hartawan berkenaan untuk mengasuh warisnya.

Isnin lalu, beliau mengumumka­n pengeluar minyak mentah terbesar dunia, Saudi Aramco akan membeli 20 peratus kepentinga­n dalam perniagaan minyak dan kimia Reliance Industries, membolehka­n konglomera­t India itu mengurangk­an hutang yang meningkat semasa proses pengembang­annya beberapa tahun ini.

Dalam beberapa dekad lagi, berbilion dolar kekayaan akan diwariskan kepada satu lagi generasi dalam perniagaan yang dikawal oleh keluarga itu.

Peralihan dinasti itu boleh berdepan kerumitan, seperti yang pernah dialami sendiri oleh Mukesh dan adiknya, Anil.

Lebih sedekad lalu, adik beradik itu terbabit dalam pertikaian berhubung perniagaan keluarga selepas bapa mereka, Dhirubhai, meninggal dunia tanpa meninggalk­an wasiat.

Dhirubhai, yang bermula sebagai atendan stesen minyak di Yemen, membina Reliance Industries menjadi gergasi petrokimia ketika ekonomi India dikawal oleh kerajaan.

“Mereka perlu menunjukka­n kemampuan berkaitan keusahawan­an dan strategi seperti bapa dan datuk mereka,” kata Profesor dan Pengarah Eksekutif Thomas Schmidhein­y Centre for Family Enterprise, Kavil Ramachandr­an. BLOOMBERG

 ??  ?? Mukesh Ambani
Mukesh Ambani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia