Berita Harian

FBM KLCI dijangka cecah paras 1,600 minggu depan

Sentimen kukuh kesan pengumuman BNM

-

Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada minggu ini dalam kedudukan bercampur-campur selepas Bank Negara Malaysia semalam mengumumka­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua yang lebih baik.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) hampir pulih daripada kerugian pada awalnya susulan pengumuman KDNK itu, dan untuk seketika ia melepasi paras rintangan 1,600 sebelum turun semula untuk ditutup pada paras 1.599.22.

Bagaimanap­un, di pasaran meluas, sentimen kekal kukuh dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 390 berbanding 325, manakala 420 kaunter kekal tidak berubah, 795 tidak diniagakan dan 14 lain digantung.

Indeks barometer pasaran dibuka 2.23 mata lebih rendah pada 1,598.06 daripada 1,600.29 semasa ditutup semalam dan bergerak antara 1,590.18 dan 1,600.17 sepanjang hari.

Jumlah dagangan merosot kepada 1.78 bilion unit bernilai RM1.44 bilion berbanding 1.94 bilion unit bernilai RM1.85 bilion semalam.

Ketua penyelidik Inter-pacific Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata pelabur kekal berhati-hati selepas dua hari aktiviti jualan pada kadar banyak dan selari dengan penurunan oleh Purata Perindustr­ian Dow Jones pada Isnin dan Rabu.

“Kami dapat melihat pada keseluruha­n papan bahawa kaunter untung memang mengatasi kaunter rugi, tapi pada kadar kecil. Ini adalah petunjuk bahawa pelabur tidak mahu tergesa-gesa memasuki pasaran dan terperangk­ap dalam keadaan pasaran yang turun naik,” katanya.

Beliau berkata, barometer pasaran akan terus diniagakan antara 1,580 hingga 1,600 sebelum mencecah paras rintangan.

“Semua tumpuan kekal pada keadaan global. Bagaimanap­un, ekonomi domestik sudah membuktika­n daya tahannya di sebalik keadaan ekonomi yang mencabar,” katanya.

Bagi prestasi saham wajaran tinggi, Kuala Lumpur Kepong meningkat 12 sen kepada RM24.02, Digi dan Press Metal masing-masing naik tiga sen kepada RM5.02 dan RM4.79 manakala Petronas Dagangan dan Tenaga Nasional masingmasi­ng susut empat sen kepada RM22.80 dan RM13.68.

Bagi saham paling aktif, Eduspec dan KNM masing-masing menokok setengah sen kepada enam sen dan 38 sen, manakala PCCS naik 3.5 sen kepada 54 sen.

Bagaimanap­un, Sime Darby Property turun dua sen kepada 85 sen dan My E.G susut satu sen kepada RM1.47.

FBM Ace merosot 3.89 mata kepada 4,587.72, FBM 70 turun 27.11 mata kepada 14,074.12, Indeks FBM Emas jatuh 9.37 mata kepada 11,308.11 dan Indeks FBM Emas Shariah menyusut 5.61 mata kepada 11,843.22 dan Indeks FBMT 100 turun 10.77 mata kepada 11,145.65.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan turun 31.87 mata kepada 15,5524.51, Indeks Perladanga­n merosot 45.06 mata kepada 6,758.37, dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an Industri susut 0.09 mata kepada 149.72.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.13 bilion unit bernilai RM1.30 bilion daripada 1.19 bilion saham bernilai RM1.67 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran juga menyusut kepada 404.74 juta unit bernilai RM95.41 juta berbanding 497.67 juta unit bernilai RM129.53.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 250.02 juta bernilai RM387.33 juta daripada 245.44 juta unit bernilai RM42.77 juta pada Khamis.

Produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 250.56 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an industri (184.23 juta), pembinaan (72.65 juta), teknologi (101.79 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (39.62 juta) 116.02 juta), perladanga­n (9.97 juta), REIT (16.51 juta), dana tertutup (3,000), tenaga (187.48 juta), penjagaan kesihatan (11.41 juta), telekomuni­kasi dan media (114.29 juta), pengangkut­an dan logistik (16.77 juta) dan utiliti (10.68 juta).

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia