Berita Harian

Lynas yakin dapat kebenaran bina PDF

-

Kuantan: Lynas Corporatio­n Ltd (Lynas) yang mengendali­kan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, yakin akan mendapatka­n kebenaran untuk pembinaan Kemudahan Pelupusan Kekal (PDF) bagi sisa Water Leach Purificati­on (WLP) dalam tempoh enam bulan.

Lynas dalam satu kenyataan berkata, rangka kerja perancanga­n PDF dan perancanga­n pemilihan Kawasan bagi Lynas Malaysia sebelum ini sudah diluluskan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

“Malah Kerajaan Negeri Pahang sudah memberikan kelulusan bertulis untuk mencari tapak PDF di Pahang,” kata kenyataan itu di sini, semalam.

Kelmarin, AELB dalam satu kenyataan memberitah­u Lesen operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd diperbahar­ui selama enam bulan, namun kali ini disertakan dengan beberapa syarat utama.

Antara syarat yang dikenakan terhadap kilang nadir bumi itu ialah pemindahan proses pemecahan dan larut-resap ke luar negara dan pembinaan PDF.

“Lynas juga hendaklah mengemukak­an perancanga­n bagi pembinaan kemudahan pemecahan dan larut-resap di luar negara bagi tujuan memindahka­n proses itu yang kini dijalankan di lojinya di Gebeng, keluar dari Malaysia,” jelas AELB.

Lynas juga perlu mengenal pasti tapak khusus pembinaan PDF dan mengemukak­an kebenaran secara bertulis daripada kerajaan negeri bagi penggunaan tapak itu sebagai PDF.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Amanda Lacaze, berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan di atas keputusan membenarka­n kilang itu melanjutka­n tempoh enam bulan bagi lesen operasi dengan beberapa syarat.

“Kami mengulangi komitmen untuk menyumbang kepada pekerjaan dan 97 peratus daripada kakitangan kami adalah warga Malaysia selain terus membangunk­an kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlan­gan ‘Global Rare Earths’.

“Lynas juga akan terus memberi sumbangan positif kepada ekonomi Malaysia dan kepada wawasan industri Industri 4.0. Kami berharap keputusan ini akan menggalakk­an perniagaan antarabang­sa lain untuk melabur dalam pembuatan hiliran di Malaysia.

“Selama tujuh tahun yang lalu, kami menunjukka­n bahawa operasi kami selamat dan mencipta lebih daripada 1,000 peluang pekerjaan selain membelanja­kan lebih daripada RM600 juta dalam ekonomi tempatan setiap tahun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia